Page 39 - Surah Hud : Tafsir dan Huraian.
P. 39

30   Surah Hud : Tafsir dan Huraian


               Antara Petunjuk Ayat

                 1.  Al-Quran adalah kitab mukjizat yang terpelihara. Tuduhan dusta yang
                   dilemparkan terhadap Al-Quran tidak menjejaskan kesuciannya.
                 2.  Orang yang menentang Al-Quran tidak akan mampu untuk mencipta
                   walaupun sepuluh surah seperti surah Al-Quran.
                 3.  Orang yang cuba memerangi Al-Quran pasti akan gagal. Kegagalan
                   mereka sepanjang zaman sehingga hari kiamat.


               Kaedah Beramal

                 1. Hendaklah kita beriman dan yakin bahawa Al-Quran adalah Kitab
                   Allah yang terpelihara. Jangan ragu-ragu dengan kesucian Al-Quran.
                 2. Hendaklah kita beriman bahawa setiap ayat Al-Quran adalah kata-
                   kata Allah. Bacalah ayatnya dengan kefahaman dan kesedaran.
                 3.  Hendaklah kita mengakui kelebihan dan mukjizat Al-Quran. Jangan
                   jadi orang yang sombong dan kufur.


                    Ya Allah jadikanlah kami orang yang beriman kepada
                    ayat-ayat suci Al-Quran, bantulah kami untuk beramal
                               dengan petunjuknya. Amin.






                                                     Sila
                                                   tambah petunjuk-
                                                     petunjuk ayat
   34   35   36   37   38   39   40   41   42   43   44