Page 36 - Surah Hud : Tafsir dan Huraian.
P. 36

Tema 2 : Sikap Manusia Terhadap Dakwah Islam Dan
                                                  Pengukuhan Jiwa Orang Yang Beriman   27


                 benda yang banyak), ataupun datang bersama-sama dengannya malaikat
                 (untuk menolongnya menyiarkan Islam)?” Kerana sesungguhnya engkau
                 hanyalah seorang Rasul pemberi amaran kepada orang-orang yang ingkar,
                 dan Allah jualah Pentadbir yang menguruskan tiap-tiap sesuatu (maka
                 berserahlah diri kepada-Nya)”.



                 Keterangan Ayat

                   1.  Allah SWT menggesa Nabi Muhammad SAW supaya menyampaikan
                      Al-Quran tanpa perlu melayan kehendak dan kerenah kaum
                      musyrikin.
                   2. Mereka ingin diturunkan kepada Baginda harta yang banyak atau
                      diturunkan bersamanya malaikat. Mereka enggan beriman kepada Al-
                      Quran.
                   3. Allah SWT menjelaskan bahawa Baginda hanyalah seorang Rasul
                      pemberi amaran kepada mereka. Allah jualah Pentadbir segalanya.
                      (Rujukan tafsir: At-Tabari, Al-Qurtubi, Ibn Kathir dll.)

                 Antara Petunjuk Ayat


                   1.  Kita tidak perlu susah hati dan sempit dada dengan kehendak orang
                      yang kufur. Kita tidak ditugaskan untuk memenuhi tuntutan mereka.
                   2.  Orang yang tidak beriman lebih mementingkan kekayaan harta dari
                      keimanan. Mereka tidak memikirkan peringatan Tuhan.
                   3. Tugas kita hanya menyampaikan wahyu Allah. Memberikan
                      peringatan Al-Quran kepada semua manusia.
   31   32   33   34   35   36   37   38   39   40   41