Page 32 - Surah Hud : Tafsir dan Huraian.
P. 32
Tema 2 : Sikap Manusia Terhadap Dakwah Islam Dan
Pengukuhan Jiwa Orang Yang Beriman 23
Keterangan Ayat
1. Allah SWT menjelaskan keadaan manusia yang diberikan kesenangan
setelah mereka susah dan derita.
2. Mereka menjadi manusia yang bersuka ria dan bermegah diri apabila
tiada lagi derita yang menimpa mereka.
3. Mereka menyangka mereka tidak akan lagi ditimpa dengan kesusahan
dan derita. Mereka lupa kepada Tuhan mereka. (Rujukan tafsir: At-
Tabari, Al-Qurtubi, Ibn Kathir dll.)
Antara Petunjuk Ayat
1. Kesusahan dan penderitaan yang menimpa kita adalah ujian dari
Allah. Ia boleh datang dan pergi pada bila-bila masa.
2. Orang yang beriman tidak kufur apabila pulih dari kesusahan dan
penderitaan. Bahkan mereka bertambah syukur.
3. Orang yang tidak beriman lupa kepada Tuhan mereka. Mereka hanya
bersuka ria dan bermegah dengan kesenangan yang sementara.
Kaedah Beramal
1. Hendaklah kita ingat bahawa kesenangan dan kesusahan adalah ujian
yang boleh datang dan pergi pada bila-bila masa.
2. Hendaklah kita bertambah syukur apabila pulih dari kesusahan dan
penderitaan. Jangan bertambah kufur.
3. Hendaklah kita ingat kepada Tuhan kita. Jangan hanya bersuka ria
dan bermegah dengan kesenangan yang sementara.
Ya Allah bantulah kami untuk mengingati-Mu dan
bersyukur kepada-Mu serta beribadah kepada-Mu
dengan sebaiknya. Amin.