Page 30 - Surah Hud : Tafsir dan Huraian.
P. 30
Tema 2 : Sikap Manusia Terhadap Dakwah Islam Dan
Pengukuhan Jiwa Orang Yang Beriman 21
Keterangan Ayat
1. Allah SWT menjelaskan keadaan manusia yang ditimpakan kesusahan
setelah mereka menikmati rahmat dan kesenangan.
2. Mereka menjadi manusia yang putus asa dan kufur apabila nikmat
kesenangan itu ditarik balik dari diri mereka.
3. Mereka menyangka mereka tidak akan dapat kembali menikmati
kesenangan tersebut. Mereka sudah berputus asa dan kufur. (Rujukan
tafsir: At-Tabari, Al-Qurtubi, Ibn Kathir dll.)
Antara Petunjuk Ayat
1. Nikmat kesenangan yang diberikan kepada kita adalah ujian di dunia
dan ia boleh ditarik balik pada bila-bila masa.
2. Orang yang beriman tidak berputus asa dengan rahmat Allah apabila
ditimpa musibah. Tidak ragu-ragu kepada rahmat Allah yang amat
luas.
3. Orang yang tidak beriman cepat berputus asa. Mereka tidak yakin
kepada janji dan kekuasaan Allah. Mereka kufur kepada nikmat Allah.
Kaedah Beramal
1. Hendaklah kita sedar bahawa setiap kesenangan yang sedang kita
nikmati adalah ujian Allah kepada kita.
2. Hendaklah kita tidak berputus asa dengan rahmat Allah apabila
ditimpa musibah. Jangan ragu-ragu kepada rahmat Allah yang luas.
3. Hendaklah kita yakin kepada janji dan kekuasaan Allah. Jangan
berputus asa. Jangan kufur kepada nikmat-Nya.
Ya Allah bantulah kami untuk bersabar dengan ujian
yang menimpa kami, jauhkanlah kami dari sifat orang
yang berputus asa dan kufur. Amin.