Page 25 - Surah Hud : Tafsir dan Huraian.
P. 25
16 Surah Hud : Tafsir dan Huraian
Ertinya: “Dan Dialah yang menjadikan langit dan bumi dalam enam
masa, sedang “Arasy-Nya, berada di atas air (Ia menjadikan semuanya itu
untuk menguji kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya.
Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) berkata:
“Bahawa kamu akan dibangkitkan hidup kembali sesudah mati” tentulah
orang-orang yang ingkar akan berkata: “Ini tidak lain, hanyalah seperti
sihir yang nyata (tipuannya)”.
Keterangan Ayat
1. Allah SWT telah mencipta langit dan bumi. Dialah Pencipta alam
semesta. Arasy-Nya berada di atas air sebelum dicipta langit dan bumi.
2. Allah SWT menciptakan alam semesta ini sebagai ujian untuk manusia
dan jin. Siapakah di kalangan mereka yang paling baik amalnya?
3. Namun orang yang kufur tetap menolak untuk beriman kepada Hari
Kebangkitan walaupun setelah dijelaskan oleh Nabi Muhammad
SAW.
Rujukan tafsir: At-Tabari, Al-Qurtubi, Ibn Kathir dll.
Antara Petunjuk Ayat
1. Tuhan yang mencipta alam semesta berkuasa untuk menghidupkan
semula semua makhluk ciptaan-Nya.
2. Tujuan kita diciptakan di dunia adalah sebagai ujian. Adakah kita
tergolong di kalangan orang yang paling taat kepada Pencipta kita?
3. Sebahagian manusia enggan untuk beriman kepada Hari Kebangkitan.
Mereka adalah golongan yang gagal ujian.