Page 20 - Surah Hud : Tafsir dan Huraian.
P. 20

Tema 1 : Al-Quran Sebagai Sumber Di Dalam Berdakwah  11





                 Antara Petunjuk Ayat

                   1.  Sebahagian manusia bersangka buruk kepada Allah. Mereka sangka
                      Allah tidak mengetahui apa yang mereka sembunyikan.
                   2. Tiada apa yang dapat kita sembunyikan dari pengetahuan Allah.
                      Tiada suatu pun yang tidak diketahui oleh Allah.
                   3. Orang yang beriman menyakini kekuasaan Allah yang sempurna.
                      Tidak meragui terhadap pengetahuan Allah yang meliputi segalanya.


                 Kaedah Beramal

                   1.  Hendaklah kita bersangka baik kepada Allah. Jangan kita sangka Allah
                      tidak mengetahui apa yang kita sembunyikan.
                   2.  Hendaklah kita sentiasa ingat bahawa Allah mengetahui segala kata-
                      kata kita dan segala apa yang kita lakukan.
                   3.  Hendaklah kita menyakini kekuasaan Allah yang sempurna. Jangan
                      ragu-ragu terhadap pengetahuan Allah yang meliputi segalanya.


                       Ya Allah jadikanlah kami orang yang beriman kepada
                       kekuasaan dan pengetahuan-Mu, bersihkanlah zahir
                                     dan batin kami. Amin.
   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25