Page 15 - Surah Hud : Tafsir dan Huraian.
P. 15
6 Surah Hud : Tafsir dan Huraian
hingga ke suatu masa yang tertentu, dan (di akhirat pula) Ia akan memberi
kepada tiap-tiap seorang yang mempunyai kelebihan (dalam sebarang
amal yang soleh) akan pahala kelebihannya itu; dan jika kamu berpaling
(membelakangkan tiga perkara itu), maka sesungguhnya aku bimbang kamu
akan beroleh azab hari kiamat yang besar (huru-haranya)”
Keterangan Ayat
1. Allah SWT memerintahkan Nabi Muhammad SAW supaya menyeru
manusia agar memohon keampunan dari kesyirikan dan dosa serta
bertaubat kepada Allah.
2. Allah SWT akan memberikan nikmat kesenangan hidup di dunia
kepada orang beristighfar dan bertaubat. Ganjaran pahala di akhirat
bagi orang beramal soleh.
3. Baginda bimbang terhadap orang yang berpaling dari perintah Allah,
kerana takut mereka tidak selamat dari azab sengsara pada hari kiamat
yang amat dahsyat. (Rujukan tafsir: At-Tabari, Al-Qurtubi, Ibn Kathir
dll.)
Antara Petunjuk Ayat
1. Kita perlu memohon keampunan Allah di atas segala dosa yang telah
kita lakukan. Beristighfar sebanyak-banyaknya.
2. Kita perlu meninggalkan dosa apabila kita memohon keampunan.
Tidak memadai kita beristighfar tanpa kita meninggalkan dosa.
3. Orang yang beristighfar dan bertaubat serta beramal soleh akan
mendapat nikmat dan keselamatan. Orang yang berpaling tidak akan
selamat.