Page 13 - Surah Hud : Tafsir dan Huraian.
P. 13
4 Surah Hud : Tafsir dan Huraian
Keterangan Ayat
1. Allah SWT menjelaskan bahawa Al-Quran diturunkan untuk
menyeru manusia kepada agama tauhid yang tidak menjadikan
sekutu bagi Allah.
2. Allah SWT memerintahkan Nabi Muhammad SAW supaya menyeru
manusia kepada pengabdian diri hanya kepada Allah. Tuhan Yang
Maha Esa.
3. Baginda adalah pemberi amaran kepada orang yang kufur dan ingkar.
Baginda adalah pembawa berita gembira bagi orang yang beriman.
(Rujukan tafsir: At-Tabari, Al-Qurtubi, Ibn Kathir dll.)
Antara Petunjuk Ayat
1. Tujuan kita diciptakan adalah untuk mengabdikan diri hanya kepada
Pencipta kita. Bukan kepada yang lain dari-Nya.
2. Islam menyeru semua manusia kepada tauhid. Islam menolak
sebarang bentuk kesyirikan terhadap Tuhan Yang Maha Esa.
3. Orang yang beriman dan mentauhidkan Allah akan diberi balasan
syurga. Orang yang kufur dan ingkar akan diberi balasan neraka.
Kaedah Beramal
1. Hendaklah kita mengabdikan diri hanya kepada Pencipta kita. Jangan
mengabdikan diri kepada nafsu dan dunia.
2. Hendaklah kita menyeru manusia kepada tauhid. Jangan melakukan
kesyirikan terhadap Tuhan Yang Maha Esa.
3. Hendaklah kita memberi peringatan kepada orang yang ingkar dan
memberi berita gembira kepada orang yang beriman.
Ya Allah jadikanlah kami orang yang mengabdikan
diri hanya kepada-Mu, jauhkanlah kami dari kesyirikan
dan kekufuran. Amin