Page 9 - Surah Hud : Tafsir dan Huraian.
P. 9

viii  Surah Hud : Tafsir dan Huraian



                 Surah ini juga diturunkan pada saat Nabi Muhammad SAW sedang
              menghadapi cabaran yang amat besar ketika menyampaikan agama Allah
              kepada kaum musyrikin setelah kewafatan isterinya Ummul Mukminin
              Khadijah r.a yang sentiasa membantunya dan kewafatan bapa saudaranya
              Abu Talib yang selalu mempertahankannya.

                 Justeru, surah ini memberi sokongan motivasi yang amat kuat kepada
              Nabi Muhammad SAW untuk meneruskan usaha dan bersabar di dalam
              menjalankan tugas sebagai utusan Allah kepada seluruh manusia.


                 Penulis akan membentangkan huraian dan tafsiran surah ini
              berdasarkan susunan berikut:


                 1.  Pembentangan ayat.
                 2.  Terjemahan ayat.
                 3.  Keterangan ayat.
                 4.  Petunjuk ayat.
                 5.  Kaedah beramal.
                 6.  Ruangan interaksi pembaca.

                 Semoga tafsir dan huraian seperti ini akan membantu para pembaca
              untuk menghayati dan berinteraksi dengan setiap ayat yang dibaca di
              dalam surah ini.

                 Prof. Madya Dr. Ahmad Wifaq Mokhtar
                 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
                 fb.me/drwifaq
                 t.me/MajalisAlQuran
                 https://youtube.com/user/ahmadwifaq
   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14