Page 8 - Surah Hud : Tafsir dan Huraian.
P. 8

vii



                  Pengenalan Surah Hud




                 Surah Hud adalah surah yang ke-11 mengikut urutannya di dalam mushaf
                 al-Quran, tetapi sebenarnya ia diturunkan selepas surah Yunus mengikut
                 turutan penurunan. Ia termasuk dalam surah Makkiyah iaitu surah-surah
                 yang diturunkan sebelum penghijrahan Rasulullah SAW ke Madinah. Ia
                 mengandungi 123 ayat.


                   Surah ini diberikan nama Hud kerana terdapat kisah Nabi Hud yang
                 dinyatakan di dalamnya. Ia juga berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh
                 Ibn Abbas r.a telah berkata:
                               َ         ُ                ْ َ       َ
                                                   َ
                       دق للها لوسر اي :هنع للها ضير ركب وبأ لاق
                                                        ٍ
                        ُ           ُ         ٌ        َّ   َ     َ
                       ،تلاسرلماو ،ةعقاولاو ،دوه نيتبيش :لاق ،تب ِ ش

                                   ْ َ ِّ  ُ  ُ ْ َّ  َ  َ  ُ  َ َ َ َّ
                                   تروك سمشلا اذإو ،نولءاستي معو
                                                    ِ

                      Ertinya: ‘Abu Bakr r.a telah berkata: ‘Wahai Rasulullah kamu
                      telah beruban. Lalu Rasulullah SAW bersabda: ‘Aku telah
                      beruban kerana surah Hud, al-Waqiah, al-Mursalat, ‘amma
                      Yatasaalun dan Iza al-Syamsyu Kuwwirat.
                                                            (H.R al-Tirmizi)

                   Surah ini mengisahkan cabaran dan kesabaran para Rasul di dalam
                 menyampaikan agama Allah kepada kaum mereka serta balasan yang
                 menimpa golongan yang kufur sehingga menjadikannya di antara surah
                 yang merisaukan dan membimbangkan Nabi Muhammad SAW.
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13