Page 11 - Surah Hud : Tafsir dan Huraian.
P. 11
2 Surah Hud : Tafsir dan Huraian
Keterangan Ayat
1. Alif Laam Raa’ adalah tiga huruf. Hanya Allah yang mengetahui
hakikat maknanya. Setiap huruf Al-Quran diberi sepuluh ganjaran
pahala bagi siapa yang membacanya.
2. Huruf-huruf ini adalah kata-kata Allah. Kata-kata yang tidak sia-sia
dan pasti berkaitan dengan Al-Quran dan surah ini.
3. Ayat-ayat Al-Quran mengandungi keterangan dan kebenaran yang
tetap teguh. Ayat-ayat yang tiada kesalahan dan kesilapan. (Rujukan
tafsir: At-Tabari, Al-Qurtubi, Ibn Kathir dll).
Antara Petunjuk Ayat
1. Al-Quran adalah kata-kata Allah SWT yang tersusun dan sempurna.
Setiap hurufnya mempunyai makna dan tiada yang sia-sia.
2. Huruf-huruf pada permulaan surah ini adalah tanda bahawa Al-
Quran bukan kitab biasa. Al-Quran adalah kata-kata Pencipta alam
semesta.
3. Semua ayat Al-Quran adalah keterangan dan kebenaran yang tiada
kesilapan. Semuanya dari Allah Yang Maha Bijaksana.
Kaedah Beramal
1. Hendaklah kita memberi perhatian ketika membaca setiap huruf Al-
Quran. Jangan samakan Al-Quran dengan buku-buku yang lain.
2. Hendaklah kita membaca kata-kata Allah dengan kesedaran dan
penghayatan. Jangan membaca Al-Quran dengan hati yang lalai dan
leka.
3. Hendaklah kita mengambil segala hikmah dan petunjuk Al-Quran.
Jangan ragu-ragu terhadap kebenaran Al-Quran.
Ya Allah jadikanlah Al-Quran sebagai penyejuk hati
kami, cahaya di dalam dada kami, pelenyap duka
dan kesedihan kami. Amin.