Page 17 - Surah Hud : Tafsir dan Huraian.
P. 17

8   Surah Hud : Tafsir dan Huraian




                                         Ayat 4

              Firman Allah SWT :

                        ٌ   َ   ۡ  َ ّ ُ َ ٰ  َ  َ ُ َ ۡ ُ ُ ۡ َ ܅  َ
                     ٤ ܱݣِܯݏ ٖءޤ م ً ݠݞو ۖݗٶ݇ܧܱڎ ِܒٱ ޹ِإ
                                                      ِ
                                    ِ
              Ertinya: “Kepada Allah jualah kembalinya kamu, dan Ia Maha Kuasa atas
              tiap-tiap sesuatu”.




               Keterangan Ayat

                 1.  Allah SWT memberikan peringatan kepada semua manusia bahawa
                   mereka akan mati dan kembali kepada Allah.
                 2. Mereka semua akan dibangkitkan pada hari kiamat dan menerima
                   balasan amalan mereka semasa di dunia.
                 3.  Mereka tidak akan terlepas dari kekuasaan Allah. Dialah Tuhan Yang
                   Maha Berkuasa atas setiap sesuatu.
                    Rujukan tafsir: At-Tabari, Al-Qurtubi, Ibn Kathir dll.


               Antara Petunjuk Ayat


                 1.  Kita semua pasti akan mati dan akan kembali kepada Allah. Kita tidak
                   akan kekal di dunia.
                 2. Kita semua akan dibangkitkan pada hari kiamat dan menerima
                   balasan amalan kita semasa di dunia.
                 3.  Kita tidak akan terlepas dari kekuasaan Allah. Setiap perbuatan kita
                   adalah dengan kekuasaan Allah.
   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22