Page 23 - Surah Hud : Tafsir dan Huraian.
P. 23
14 Surah Hud : Tafsir dan Huraian
Keterangan Ayat
1. Allah SWT memberikan rezeki kepada semua makhluk yang bergerak
di atas bumi. Tiada siapa yang terkecuali.
2. Allah SWT mengetahui tempat kediaman setiap makhluk dan tempat
ia dikuburkan di pelosok bumi.
3. Segala maklumat dan urusan rezeki setiap makhluk telah termaktub
dengan nyata di dalam Lauh Mahfuz. (Rujukan tafsir: At-Tabari, Al-
Qurtubi, Ibn Kathir dll.)
Antara Petunjuk Ayat
1. Pencipta kita telah menyediakan rezeki yang mencukupi untuk
seluruh penduduk bumi sejak mula ia diciptakan.
2. Tiada tempat untuk kita melarikan diri dari pandangan dan
pengetahuan Allah. Tiada tempat untuk kita bersembunyi.
3. Segala data dan maklumat yang lengkap dan jelas bagi setiap makhluk
telah termaktub di sisi Tuhan kita.
Kaedah Beramal
1. Hendaklah kita berusaha untuk mencari rezeki yang disediakan untuk
kita. Rezeki yang dihalalkan untuk kita.
2. Hendaklah kita ingat bahawa Tuhan kita sentiasa mengetahui di mana
kita berada. Jangan sangka Tuhan kita tidak tahu.
3. Hendaklah kita sedar bahawa ilmu Tuhan kita adalah sempurna. Ilmu
kita hanya sedikit dan tidak sempurna.
Ya Allah limpahkanlah kepada kami keberkatan rezeki
yang Engkau kurniakan kepada kami, bantulah kami
untuk tunduk dan patuh kepada-Mu. Amin.