Page 41 - Surah Hud : Tafsir dan Huraian.
P. 41

32   Surah Hud : Tafsir dan Huraian



               Antara Petunjuk Ayat

                 1.  Al-Quran adalah kata-kata Tuhan Yang Maha Mengetahui. Ia bukan
                   kata-kata manusia. Bukan rekaan atau ciptaan manusia.
                 2.  Al-Quran adalah perlembagaan yang diturunkan oleh Pencipta kita
                   sebagai panduan bagi semua manusia sepanjang zaman.
                 3.  Al-Quran menyeru manusia supaya tunduk dan patuh kepada Tuhan
                   Yang Maha Esa. Mengakui kebenaran agama-Nya.


               Kaedah Beramal

                 1.  Hendaklah kita beriman dan mengakui kebenaran Al-Quran. Jangan
                   jadi orang yang kufur dan ragu-ragu.

                 2.  Hendaklah kita menjadikan Al-Quran sebagai panduan dan rujukan.
                   Jangan pinggirkan perlembagaan Al-Quran.
                 3. Hendaklah kita mengakui kebenaran Islam dan menyeru manusia
                   supaya patuh kepada Tuhan Yang Maha Esa.


                     Ya Allah bantulah kami untuk menjadikan Al-Quran
                    sebagai perlembagaan, jadikanlah kami orang yang
                            patuh kepada perintah-Mu. Amin.






                                                     Sila
                                                   tambah petunjuk-
                                                     petunjuk ayat
   36   37   38   39   40   41   42   43   44   45   46