Page 40 - Surah Hud : Tafsir dan Huraian.
P. 40
Tema 2 : Sikap Manusia Terhadap Dakwah Islam Dan
Pengukuhan Jiwa Orang Yang Beriman 31
Ayat 14
Firman Allah SWT :
܅ َ ٓ ܅ َ َ ܅ ۡ َ ُ ٓ َ ܅ َ ْ َ ۡ َ ْ ُ َ ۡ َ ۡ ܅ َ
َ
ٓ ُ ۡ َ ُ
ٰ
ݫ ِإ ݝ ګ ِإ ݫ ن أو ِܒ ٱ ِ ݗ ݖ ِ݇ ܝ ل ܲ ݛ أ ܛ ݙ ٯ څ اݠ ݙ ݖ ݆ ܓ ݗ ٶ ݕ اݠ ܞ ݤ ܨ ܢ ܵ ٽ ݗ ڍܗ
ِ
ِ
ِ ِ
َ ُ ۡ ܆ ُ َ ۡ َ ُ
َ َ
١٤ن ݠ ݙ ِݖ ܵ ڎ ݗ ܢ ݛ أ ݔ ݟ ٳ ۖݠ ݞ
Ertinya: “Oleh itu, jika mereka (penolong-penolong kamu) tidak dapat
melaksanakan permintaan kamu (untuk membuat surah-surah yang
sebanding dengan Al-Quran), maka ketahuilah bahawa Al-Quran itu
diturunkan hanyalah menurut pengetahuan Allah, dan bahawa tidak ada
Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah. Setelah (terbukti hakikat yang
demikian) maka adakah kamu mengakui Islam dan menurut aturannya?”
Keterangan Ayat
1. Allah SWT menggesa kaum musyrikin supaya beriman jika mereka
dan pembantu mereka tidak mampu mencipta surah sebanding
dengan Al-Quran.
2. Kegagalan mereka adalah tanda bahawa Al-Quran adalah kata-kata
Allah yang diturunkan mengikut pengetahuan Allah. Bukan ciptaan
manusia.
3. Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah. Tiada siapa
yang setanding dengan-Nya. Maka patuhlah kepada peraturan-Nya.
Rujukan tafsir: At-Tabari, Al-Qurtubi, Ibn Kathir dll.