Page 1 - TERMA DAN SYARAT
P. 1
TERMA DAN SYARAT
Pengakuan:
Saya mengaku bahawa, dengan saya melengkapkan borang pendaftaran ini, saya
telah membaca, faham dan bersetuju kepada semua terma dan syarat-syarat yang
ditetapkan oleh pihak penganjur untuk menyertai Ihya’ Ramadan Virtual Run 2021.
Terma dan Syarat:
Syarat umum :
1. Dengan bersetuju kepada syarat-syarat ini, peserta bersetuju untuk tidak
menyabitkan pihak pengurusan atau pengelola acara daripada semua tuntutan
berkaitan dengan penyertaan. Peserta mengaku dan faham bahawa pihak
pengurusan, pengelola atau penganjur tidak bertanggungjawab kepada semua
liabiliti terhadap kecederaan atau kerosakan harta benda berkaitan dengan
penyertaan acara ini.
2. Untuk menjadikan penyertaan ini sahih, peserta mestilah melengkapkan borang
pendaftaran, menerima terma dan syarat serta telah membuat pembayaran yuran
kemasukan sebelum acara bermula.
3. Semua maklumat yang dimuatkan mestilah maklumat yang sah dan benar.
Sebarang perbuatan memalsukan maklumat boleh didakwa.
4. Penyertaan adalah tertakluk kepada "satu pendaftaran kepada seorang peserta"
dan tidak boleh dipindahkan.
5. Dengan menyertai acara ini, peserta bersetuju bahawa:
a. Semua maklumat peribadi yang didaftarkan akan direkod dan disimpan oleh
pihak pengurusan Ihya’ Ramadan Virtual Run 2021.
b. Maklumat yang disertakan atau dimuatnaik boleh digunakan oleh pihak
pengurusan Ihya’ Ramadan Virtual Run 2021 untuk tujuan penerbitan media dan
pengumuman keputusan acara.
6. Peserta bersetuju untuk tidak mengenakan sebarang royalti terhadap penggunaan
nama, keputusan, imej, gambar, video atau komen dalam penerbitan dan
pemasaran berkaitan dengan acara yang dianjurkan.
7. Peserta bersetuju bahawa penyertaan kepada acara ini adalah atas risiko sendiri.
Peserta juga faham bahawa penyertaan ini mungkin melibatkan risiko sebenar
kepada kecederaan.
8. Peserta faham bahawa ini adalah larian virtual (maya). Maka pihak penganjur tidak
akan menyediakan pemantauan secara terus semasa larian yang dilakukan oleh
peserta. Pihak penganjur juga tidak akan menyediakan sukarelawan atau paramedik
kepada mana-mana peserta.
9. Bagi memastikan pengurusan data dan pemilihan pemenang yang bermutu dan
dipercayai, pihak pengurusan akan berusaha bersungguh-sungguh mengesahkan
kesahihan keputusan yang dimuatnaik oleh peserta. Walaubagaimanapun, pihak
pengurusan tidak akan mungkin melakukan pengesahan 100% kesahihan kepada
keputusan yang diberikan. Oleh itu, pihak penganjur dan pengurusan pertandingan
berharap semua peserta boleh mengekalkan tahap kejujuran, integriti dan semangat
kesukanan dalam memastikan acara ini berjaya dan mempunyai nilai kompetitif yang
tinggi.