Page 2 - TERMA DAN SYARAT
P. 2

10. Peserta juga berjanji akan memastikan keperluan acara ini dipenuhi dengan cara
               melengkapkan jarak minimum yang ditetapkan mengikut kaedah pilihan sendiri, di
               lokasi tetapan sendiri dan atas risiko sendiri.
            11. Peserta mengaku berada dalam keadaan sihat dan berupaya menyertai acara ini
               serta mampu melengkapkan jarak minimum yang ditetapkan. Peserta juga mengaku
               bahawa tidak mempunyai sebarang penyakit atau keilatan yang mungkin
               menghalang daripada menyertai atau melengkapkan acara ini.
            12. Peserta faham bahawa tiada pemulangan wang pendaftaran semula sekiranya
               mereka menarik diri.
            13.   Peserta faham bahawa mereka hanya akan menerima item daripada kit
               penghargaan sekiranya mereka melengkapkan pendaftaran dan bayaran penuh
               kepada pihak pengurusan melalui kaedah yang telah dimaklumkan. Hadiah istimewa
               adalah tertakluk kepada syarat di bawah tajuk "syarat hadiah istimewa".
            14. Kit penghargaan atau hadiah akan dihantar mengikut alamat penghantaran yang
               disertakan dalam pendaftaran. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab
               sekiranya alamat yang disertakan adalah salah.

               Syarat Kit Larian
            1.   Semua peserta yang mendaftar dan membuat bayaran yang telah ditetapkan layak
               menerima kit larian.
            2.    Keputusan yang dihantar boleh berupa snapshot jarak treadmill, atau keputusan
               daripada apps larian seperti Nike+, Runtastic, Garmin, Mapmyrun, Google fit,
               Runkeeper dan sebagainya (berupaya merekod jarak & masa larian).
            3. Pertanyaan boleh diajukan melalui emel ihyaramadanvr@gmail.com.

               Syarat Hadiah istimewa:
            1.   Hanya peserta yang memuatnaik keputusan larian yang direkodkan melalui apps
               larian seperti Nike+, Runtastic, Garmin, Mapmyrun, Google fit, Runkeeper dan
               sebagainya (berupaya merekod jarak & masa larian) berpeluang untuk mendapat
               hadiah istimewa. Peserta yang menghantar keputusan larian atas treadmill tidak
               berpeluang. Ini adalah untuk menggalakkan larian luar (outdoor) dan membantu
               pihak pengurusan mengesahkan kesahihan keputusan.
            2.   Peserta mestilah menghantar keputusan yg lengkap dengan jarak, masa larian dan
               kelajuan sepanjang larian. Klik di sini untuk contoh.
            3. Keputusan boleh berupa screenshot.
            4.     Keputusan pihak penganjur adalah muktamad. Sebarang bantahan tidak akan
               dilayan. Pertanyaan boleh diajukan melalui emel : ihyaramadanvr@gmail.com
   1   2