Page 14 - BUKU TEKS REKACIPTA TINGKATAN 4 KSSM
P. 14
ii. Sejarah Perkembangan Reka Cipta
Reka cipta wujud sejak manusia dilahirkan dan sejarah perkembangan reka cipta bermula dari
zaman Prarevolusi Industri, Revolusi Industri dan Revolusi Industri Kedua.
Sejarah perkembangan reka cipta berkait rapat dengan setiap aktiviti manusia dalam pelbagai
bidang. Banyak peralatan dan mesin telah dicipta bagi tujuan memudahkan kerja manusia dengan
cara yang lebih efisien dan produktif.
(a) Zaman Prarevolusi Industri (Sebelum Abad ke-18)
• Manusia pada zaman ini hidup secara nomad iaitu berpindah-randah dari satu tempat
ke satu tempat yang lain dan menetap di suatu tempat secara berkelompok demi
keselamatan bersama.
• Manusia memerlukan sumber matahari untuk menjalankan aktiviti pertanian dan
penternakan sebagai sumber makanan. Manusia pada zaman ini juga bergantung kepada
alam semula jadi dengan menjadikan gua dan pokok besar sebagai tempat berlindung
daripada cuaca dan ancaman.
• Barangan keperluan harian dan senjata ringkas dihasilkan sendiri oleh mereka daripada
tulang binatang, batu dan kayu seperti pisau, kapak, lembing, tukul dan sebagainya. Mereka
menghasilkan api dengan menggeselkan dua batang kayu atau menggunakan batu.
Secara tidak langsung hasil daripada aktiviti harian untuk meneruskan kelangsungan hidup,
mereka menemui kaedah baharu yang memudahkan kerja mereka. PENGENALAN KEPADA REKA CIPTA
Contoh Peralatan Harian
Kehidupan Manusia Sebelum Abad ke-18 Kaum Nomad
5
1.1
1.1.1