Page 17 - BUKU TEKS REKACIPTA TINGKATAN 4 KSSM
P. 17

(c)  Zaman Revolusi Industri Kedua
                  info
                                                    (Abad ke-19 dan Abad ke-20)
                    Gottlieb Daimler
                    merupakan orang           Zaman ini berlaku pada sekitar akhir abad ke-19 dan awal abad
                    pertama yang berjaya      ke-20. Aktiviti penciptaan barangan kepenggunaan, pengangkutan,
                    membuat basikal           komunikasi, pembinaan dan pembuatan semakin pesat membangun.
                    bermotor. Ia digerakkan
                    oleh enjin yang diletak
                    di antara dua rodanya.        Tahun        Pereka Cipta          Hasil Ciptaan
                                                   1801   Joseph Marie Jacquard   Mesin tenun Jacquard

                                                   1876   Alexander Graham Bell   Telefon
                                                   1885   Karl Benz               Kereta berenjin petrol
                                                                                  tiga roda
                                                   1887   Gottlieb Daimler        Kereta berenjin petrol
                                                                                  empat roda
                                                   1903   Wilbur dan Orville Wright  Kapal terbang

                                                   Kesan daripada kerancakan bidang reka cipta ini mewujudkan
                                              pelbagai profesion dalam bidang perekaan produk dan berkembang
                  Layari laman sesawang
                  https://www.youtube.com/    dengan pesatnya dalam bidang kepenggunaan.
                  watch?v=5KI6eFJlkOY untuk
                  menonton video Dokumentasi
                  Revolusi Industri. (Dicapai   iii.  Perkembangan Reka Cipta dalam Pelbagai Bidang
                  pada 26 September 2016)
                                              Bidang Pengangkutan

           PENGENALAN KEPADA REKA CIPTA
                                              Pengangkutan  bermaksud  pembawaan  (barang-barang  dan
                                              lain-lain) dari satu tempat ke tempat lain (Kamus Dewan Edisi
                                              Keempat). Pengangkutan terbahagi kepada tiga jenis, iaitu
                                              pengangkutan melalui jalan darat, pengangkutan melalui jalan
                                              air dan pengangkutan melalui jalan udara.
                  info
                   Malaysia telah mencipta
                   dan mereka bentuk kereta
                   nasional pertama Proton
                   Saga pada tahun 1985 oleh                       Pengangkutan
                   Perusahaan Otomobil
                   Nasional (Proton).

                                                   Darat                 Air                  Udara














            8
                   • Guru dan murid boleh melayari laman sesawang https://youtu.be/5KI6eFJlkOY untuk mengetahui    1.1
                     tentang Dokumentasi Revolusi Industri.                                      1.1.1
   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22