Page 22 - BUKU TEKS REKACIPTA TINGKATAN 4 KSSM
P. 22
Bidang Pertanian
Pada zaman dahulu aktiviti pertanian dijalankan dengan cara tradisional,
iaitu menggunakan tenaga kerja manusia dengan bantuan lembu dan kerbau.
Contohnya dalam penanaman sawah padi, lembu dan kerbau digunakan untuk
membajak sawah. Kini, semuanya telah berubah dengan adanya peralatan
teknologi seperti mesin membajak dan menuai secara moden.
Membajak Menggunakan Membajak Membajak Menggunakan
Tenaga Manusia Menggunakan Haiwan Jentera Moden
Bidang Komunikasi
Telekomunikasi pada masa ini meliputi telefon pintar,
rd
Internet, 3G (3 Generation), 4G dan WiFi (wireless-fidelity).
Selain itu, penggunaan satelit dan kabel fiber optik mampu
menghantar, menyalur, dan menerima isyarat atau maklumat
dengan jelas. Pada 22 Jun 2009, MEASAT-3a telah dilancarkan
bagi menjadi pelengkap kepada kemampuan MEASAT-3.
Kini, Measat Satellite Systems Sdn. Bhd. (Measat) mendahului
industri satelit Asia Pasifik dengan penyediaan landasan
transmisi satelit serba guna yang paling berkuasa.
Satelit
Surat Telegram E-mel PENGENALAN KEPADA REKA CIPTA
Evolusi Bidang Komunikasi
Contoh Evolusi Telefon
13
1.1
1.1.1