Page 23 - BUKU TEKS REKACIPTA TINGKATAN 4 KSSM
P. 23
Bidang Pembinaan
Bidang pembinaan semakin berkembang pesat dengan wujudnya
teknologi bahan dan pembuatan yang canggih. Tugas-tugas
pembinaan dapat disiapkan dengan lebih cepat dan mudah dengan
bantuan jentera-jentera berat sekali gus dapat mengurangkan tenaga
kerja yang diperlukan.
info
Pada zaman dahulu,
manusia menentukan waktu
dengan memerhatikan
pergerakan matahari di
langit. Mereka mendapati Jambatan Kayu Jambatan Besi
bayang-bayang juga turut
bergerak. Bayang-bayang
yang bergerak itu dijadikan
pengukur waktu atau jam.
Sebatang tiang dipacakkan
di tengah bulatan. Bayangan
tiang itu berputar di
sepanjang bulatan. Jam itu
disebut “Jam Matahari”.
Jam matahari digunakan
oleh umat Islam sebagai
PENGENALAN KEPADA REKA CIPTA
penunjuk waktu solat
lima waktu.
Jambatan Boleh Angkat
1. Hasilkan sebuah buku skrap mengenai perkembangan reka cipta dalam bidang yang
telah dipelajari.
2. Lakukan aktiviti secara berkumpulan dengan membincangkan evolusi perkembangan
reka cipta mengikut bidang yang diberikan oleh guru. Bentangkan hasil perbincangan
di hadapan kelas.
14
1.1
1.1.1