Page 28 - BUKU TEKS REKACIPTA TINGKATAN 4 KSSM
P. 28

Steve Jobs (1955-2011)
                              Steven Paul Jobs atau dikenali sebagai Steve Jobs dilahirkan pada 24 Februari 1955 di
                              Sans Francisco, Amerika Syarikat. Beliau ialah seorang usahawan inovasi teknologi
                               maklumat yang berjaya. Beliau merupakan pengasas bersama, pengerusi dan juga
                               Ketua Pengawai Eksekutif (CEO) syarikat Apple Inc. Ketika berumur 21 tahun,
                               Steve Jobs dan sahabat baiknya  Wozniak bersama-sama mencipta komputer
                               peribadi pertama di dunia.
                                                  Hasil Ciptaan
                                                  •  Apple I (1976)
                                                  •  Apple II (1976)
                                                  •  iMac (1998)
                                                  •  iPod (2001)
                                                  •  iPhone (2007)
                                                  •  iPad (2010)





                  Abu al-'Iz ibn Isma'il ibn al-Razaz al-Jazari
                  (1136-1206)

                  Abu al-'Iz ibn Isma'il ibn al-Razaz al-Jazari ialah seorang
                  ilmuan Islam yang terkenal dalam bidang kejuruteraan
                  robotik  ketika  zaman  kegemilangan  Islam.  Beliau
                  dilahirkan di al-Jazira, Mesopotamia. Beliau adalah
                  tokoh yang telah menulis  Buku Pengetahuan Ilmu
                  Mekanik. Buku ini mengandungi keterangan tentang
                  setiap alatan dan cara membinanya.





                                                                       Lakaran "Jam Gajah" merupakan antara
                                                                        ciptaan al-Jazari yang paling terkenal  PENGENALAN KEPADA REKA CIPTA








                                                  Taqi ad-Din Muhammad ibn Ma'ruf (1526-1585)
                                                  Taqi ad-Din Muhammad ibn Ma'ruf merupakan seorang
                                                  ilmuan yang berjaya menguasai pelbagai bidang ilmu seperti
                                                  astronomi, jam, kejuruteraan, matematik, mekanikal, optik
                                                  dan falsafah. Beliau telah dijemput oleh Sultan Murad III
                                                  dari kerajaan Uthmaniyah di Turki untuk membina Istanbul
                     Lakaran suasana kerja dalam   Observatory (balai cerap angkasa). Ketika itu, beliau telah
                       balai cerap Taqi ad-Din    mencipta sebuah alat dan jam mekanikal untuk membantunya
                                                  memerhatikan The Great Comet pada tahun 1577.
                                                                                                           19
                    1.1
                   1.1.2
   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33