Page 29 - BUKU TEKS REKACIPTA TINGKATAN 4 KSSM
P. 29
ii. Ciri-ciri Seorang Pereka Cipta
Sebagai seorang pereka cipta yang berjaya seharusnya mempunyai ciri-ciri yang berikut:
Minat
Menjaga
Alam Empati
Sekitar
Tidak Ciri-ciri
Putus Asa Pereka Cipta Kreatif
Perseptif Inovatif
Empiritif
Minat
PENGENALAN KEPADA REKA CIPTA
Seorang pereka cipta seharusnya mempunyai minat yang mendalam kepada sesuatu yang
baharu. Pereka cipta juga perlu mempunyai minat dalam menghasilkan sesuatu rekaan
bergantung kepada bidang yang diceburi sama ada bidang rekaan perabot, produk, automotif,
hiasan dalaman, fesyen, seni bina dan sebagainya. Selain itu, seseorang pereka cipta tersebut
haruslah sentiasa bersedia mengikuti perkembangan semasa bidang rekaan yang diminati
kerana bidang rekaan sememangnya akan sentiasa berubah dengan cepat.
Empati
Tanpa sifat empati, seseorang pereka cipta tidak akan dapat memahami kumpulan pengguna
yang disasarkan dan boleh menyebabkan rekaan yang dihasilkan tidak dapat berkembang jauh.
Matlamat empati adalah untuk mengenal pasti keperluan atau masalah yang mungkin dihadapi
pengguna yang tidak dapat ditonjolkan secara nyata. Empati boleh dicapai dengan menjalankan
penyelidikan terhadap pengguna melalui proses tinjauan atau pemerhatian. Ciri empati dapat
membantu pereka cipta menghasilkan rekaan yang lebih berpotensi tinggi.
Kreatif
Kreatif ialah ciri yang membolehkan seorang pereka cipta berupaya untuk mencipta, mewujud
dan menghasilkan sesuatu yang baharu. Ia melibatkan keupayaan berfikir yang dapat melahirkan
idea baharu yang unik dan menarik, keupayaan berfikir secara kritikal dan membuat penilaian
20