Page 26 - BUKU TEKS REKACIPTA TINGKATAN 4 KSSM
P. 26

Robest Yong

                  Robest Yong telah dilahirkan di Georgetown, Pulau Pinang dan
                  mendapat  pendidikan  awal  di  Sekolah  Methodist  di  Nibong
                  Tebal, Pulau Pinang. Beliau memulakan kerjayanya dengan
                  sebuah syarikat kejuruteraan dan beliau sering dihantar ke luar
                  negara untuk belajar tentang teknologi dan jentera terkini.
                       Berbekalkan sifat ingin tahu, beliau nekad meninggalkan
                  pekerjaannya pada tahun 1989 dan memulakan syarikat
                  sendiri untuk menceburi dunia kreatif dan ciptaan
                  baharu. Pada tahun 1993, usahanya berhasil apabila
                  POLYCLONE  Instant rubber stamp machine telah
                  dicipta dan dipasarkan di seluruh dunia.
                       Robest  Yong mencipta banyak ciptaan
                  baharu dan beliau menerima pelbagai anugerah
                  tertinggi negara seperti Rekacipta Terbaik
                  Negara 1994, Anugerah Belia Negara 1997 dan
                  Malaysian Outstanding Young Award 2000.







                    Hasil ciptaan:
                       •  POLYCLONE Instant rubber stamp machine
                       •  MOBIHEAT Portable water heater
                       •  KAMIKAZE Mosquito glue

                       •  GET-me Luggage detector
                       •  STACT-on Magnetic brush
                       •  CARVER-up Car mat                                                                   PENGENALAN KEPADA REKA CIPTA
                       •  ABL Automatic brake lock                                   Egg Incubator
                       •  FLUSH n WASH Water cistern
                       •  GREEN WHIZZARD Probiotic plant nutrients

                       •  TIME-LOCK Remote control
                       •  POPaWARE Disposable saucers
                       •  LIDaBAG Plastic bag covers
                       •  TGFree Laptop charger

                       •  Egg incubator
                                                                              POLYCLONE Instant Rubber
                                                                                   Stamp Machine



                                                                                                           17
   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31