Page 27 - BUKU TEKS REKACIPTA TINGKATAN 4 KSSM
P. 27

Pereka Cipta Luar Negara

                                         Dieter Rams
                                         Dieter Rams dilahirkan pada 20 Mei 1932 di Wiesbaden, Jerman.
                                         Pada tahun 1955, beliau telah diterima untuk berkerja di Syarikat
                                         Braun, iaitu salah sebuah syarikat antarabangsa yang terkemuka.
                                             Dieter Rams bersara daripada perkhidmatannya sebagai ketua
                                         pereka di Syarikat Braun pada tahun 1995. Beliau memegang
                                         falsafah weniger, aber besser atau less is better dalam rekaan produk
                                         yang dihasilkannya.

                                                    Hasil ciptaan
                                                    •   SK-4 Record Player (Pemain piring hitam)
                                                    •   D 45 dan D46 Film Projector (Projektor filem)
                                                    •   606 Universal Shelving (Rak)
                                                    •   Braun Dieter Rams Lighter (Pemetik api)
                                                    •   Calculator Braun ET66 (Kalkulator)










                 606 Universal Shelving System, 1960


           PENGENALAN KEPADA REKA CIPTA


                   James Dyson
                   James Dyson dilahirkan pada 2 Mei 1947 di Norfolk, United
                   Kingdom. Beliau mendapat pendidikan dalam bidang
                   rekaan dalaman di Royal College of Art pada tahun 1966
                   hingga 1970. Kemudian, beliau menyambung pelajarannya
                   dalam bidang kejuruteraan.
                        Pada tahun 1993, James Dyson telah membuka
                   syarikatnya sendiri iaitu Dyson Ltd. Pada masa yang sama,
                   beliau  juga  membuka  pusat  penyelidikan  dan  kilang  di
                   Wiltshire, United Kingdom.

                   Hasil ciptaan
                   •   Dual Cyclone (Vakum tanpa habuk)
                   •   DC07 (Vakum tanpa beg)
                   •   Dyson Airblade (Pengering tangan)
                   •   Dyson Air Multiplier (Kipas angin)
                   •   Dyson Supersonic (Pengering Rambut)                   Dyson Airblade Hand Dryer




            18
                                                                                                  1.1
                                                                                                  1.1.2
   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32