Page 30 - BUKU TEKS REKACIPTA TINGKATAN 4 KSSM
P. 30

secara analitikal terhadap idea dan seterusnya mengemukakan cadangan penyelesaian dan
                    keupayaan berfikir secara praktikal yang dapat menterjemahkan idea dan teori kepada
                    bentuk aplikasi. Ciri seorang pereka cipta yang kreatif boleh dicapai melalui proses latihan
                    dan pembelajaran.
                    Inovatif

                    Inovatif adalah satu sifat yang membolehkan seseorang pereka cipta itu mencari jalan untuk
                    menghasilkan sesuatu rekaan yang lebih baik sama ada melalui proses pengubahsuaian atau
                    proses penambahbaikan sesuatu rekaan yang sedia ada. Hasil cetusan idea-idea yang inovatif
                    dalam mana-mana aspek rekaan dapat meningkatkan kualiti dan potensi hasil kerja atau idea
                    yang dikeluarkan. Idea-idea ini boleh merangkumi perubahan dalam bentuk seperti rupa,
                    fungsi sistem, spesifikasi, prosedur penghasilan dan sebagainya.

                    Empiritif
                    Seorang pereka cipta yang baik perlu berfikir seperti seorang saintis yang sentiasa melihat
                    sesuatu  masalah  dan  perkara  daripada  pelbagai  perspektif.  Sesuatu  rekaan  tidak  dapat
                    dibangunkan dengan hanya berpandukan imaginasi kreatif sebaliknya perlu disokong dengan
                    hasil penyelidikan yang konkrit dan disertakan dengan penggunaan data kualitatif dan
                    kuantitatif. Bukti-bukti empirikal dapat dijadikan panduan yang mewajarkan pengesahan
                    kepercayaan dalam menentukan kebenaran atau kepalsuan sesuatu maklumat yang akan
                    digunakan dalam proses rekaan.

                    Perseptif
                    Perseptif membolehkan seseorang pereka cipta membuat tafsiran maklumat deria untuk
                    mewakili atau memahami keadaan alam sekeliling. Contohnya seperti tafsiran terhadap
                    imej yang dilihat, bunyi yang didengar atau bau yang dihidu. Semua persepsi melibatkan
                    isyarat dari sistem saraf, yang seterusnya membawa kepada satu capaian keputusan melalui
                    rangsangan fizikal dan kimia badan.

                    Tidak Putus Asa
                    Sifat tidak boleh berputus asa sangat diperlukan oleh seorang pereka cipta. Sesuatu rekaan
                    yang dihasilkan tidak semestinya akan berjaya pada percubaan pertama. Seorang pereka cipta   PENGENALAN KEPADA REKA CIPTA
                    akan berhadapan dengan pelbagai bentuk ujian, masalah dan cabaran. Pereka cipta juga akan
                    berhadapan dengan beberapa kegagalan sepanjang proses reka cipta dijalankan. Sifat tidak
                    berputus asa perlu agar pereka cipta terus bersemangat untuk bangkit dari kegagalan dan
                    terus mencuba.

                    Menjaga Alam Sekitar

                    Alam sekitar merupakan aset yang penting untuk kelestarian kehidupan semua makhluk di
                    muka bumi ini. Sesuatu rekaan yang baik sudah semestinya tidak merosakkan alam sekitar. Oleh
                    yang demikian, seorang pereka cipta yang baik harus mempunyai kesedaran dalam memelihara alam
                    sekitar daripada pencemaran dan tidak berlaku kerosakan sumber alam. Memandangkan alam sekitar
                    memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kita, reka cipta yang dihasilkan sekurang-
                    kurangnya perlu menggalakkan pengguna menghargai alam sekitar.


                                                                                                           21
                    1.1
                   1.1.2
   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35