Page 146 - BUKU TEKS REKACIPTA TINGKATAN 4 KSSM
P. 146
SUBTOPIK Prinsip Unjuran Ortografik
Lukisan ortografik boleh ditunjukkan dalam Unjuran Sudut Pertama (First Angle Projection) dan
Unjuran Sudut Ketiga (Third Angle Projection). Penghasilan lukisan Unjuran Ortografik menggunakan dua
prinsip iaitu prinsip unjuran berpusat dan prinsip unjuran selari. Perkataan unjuran sering kali
digunakan dalam lukisan pandangan ortografik bagi menggambarkan kaedah bagaimana lukisan
itu dibina. Lihat contoh lukisan ortografik berdasarkan prinsip yang dinyatakan.
Pandangan Atas
satah unjuran atas
Pandangan Hadapan satah unjuran hadapan satah unjuran sisi kanan Pandangan Sisi Kanan
Kedudukan pandangan objek yang diletakkan sama ada pada sukuan pertama atau sukuan ketiga
dapat dibezakan dengan penggunaan simbol.
Jadual Jenis Unjuran Ortografik
No. Jenis Unjuran Kedudukan Pandangan Simbol
1. Unjuran sudut Sisi Hadapan
pertama
Atas LUKISAN KERJA
Sukuan pertama
2. Unjuran sudut Atas
ketiga
Hadapan Sisi
Sukuan ketiga
137
8.1
8.1.2