Page 173 - BUKU TEKS REKACIPTA TINGKATAN 4 KSSM
P. 173
Bab 3 FAKTOR PEMILIHAN REKA BENTUK DALAM REKA CIPTA
1. Kepentingan pemilihan reka bentuk produk sangat mempengaruhi cita rasa seseorang pelanggan,
di samping dapat meningkatkan jualan. Selain itu, ia memberikan pilihan kepada pelanggan untuk
memilih sesuatu produk itu agar menepati cita rasa mereka.
2. Faktor-faktor pemilihan reka bentuk produk terdiri daripada fungsi, rupa bentuk, bahan, teknik
pembuatan, ergonomik, kos, nilai estetik, mesra pengguna, keselamatan, nilai komersial, kemasan, dan
kelestarian.
3. Faktor Kriteria
Mudah dihasilkan mengikut fungsi, rupa bentuk, bahan-bahan atau kos yang
Fungsi
menjimatkan.
Rupa bentuk Hiasan terakhir permukaan yang bersesuaian, kemas dan menarik.
Harga yang berpatutan dan berkualiti, mendapat permintaan dan menjadi pilihan
Bahan pengguna, menjimatkan dan ekonomi, mampu dibeli dan sesuai untuk pengeluaran
besar-besaran (mass production).
Sesuai dengan semua peringkat umur, mudah digunakan, mudah dikendalikan
Teknik pembuatan
dan diselenggarakan oleh orang yang tidak mahir.
Ergonomik Kos pembuatan dan penyelenggaraan yang menjimatkan dan efektif.
Reka bentuk dan bahan yang kekal tidak berubah, tidak ketinggalan zaman dan
Kos
sesuai dengan peredaran zaman.
Menjamin keselamatan, tidak mendatangkan kecederaan, stabil, tidak mudah
Nilai estetik terbalik. Reka bentuk tidak membahayakan pengguna seperti tidak mempunyai
bucu yang tajam dan mata pemotong terlindung.
Mampu menyelesaikan masalah, berkecekapan tinggi dan berfungsi secara
Mesra pengguna
manual, semi automatik atau automatik.
Reka bentuk terkini, menepati cita rasa pasaran semasa, menarik perhatian dan
Keselamatan
mempengaruhi pengguna, mempunyai pelbagai pilihan warna dan bentuk.
Bahan mudah diperoleh, mudah dibentuk, mudah dikendalikan, tidak mudah
Nilai komersial
reput, tidak mudah pecah dan mempunyai ketahanan fizikal.
Kemasan Alatan, kemudahan, proses dan sistem yang selesa serta serasi dengan manusia.
Rekaan yang dihasilkan perlu mempunyai rupa bentuk yang bersesuaian dengan
Kelestarian
fungsi dan pengguna sasaran.
4. Analisis reka bentuk perlu dilakukan bagi mendapatkan rekaan yang terbaik dengan mempertimbangkan
semua faktor yang ada. Analisis reka bentuk bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor pemilihan
yang perlu dilakukan oleh pereka bentuk. Berdasarkan analisis reka bentuk produk, setiap permasalahan
perlu dikenal pasti.
164