Page 10 - Manual_Penguursan2018
P. 10

vii                                                                                                    viii

                      MAJLIS PROFESIONAL, PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
                                                                                                                   JAWATANKUASA


        Majlis Profesional, Pengurusan dan Pentadbiran (MPPP) merupakan badan pengurusan tertinggi di            Pengerusi                Pengarah
        peringkat institut. Selaras dengan pelaksanaan MS ISO 9001: 2015, IPGKIK mengutamakan budaya
        kerja bersistematik dan berkualiti. Sehubungan dengan itu, beberapa Jawatankuasa Pendidikan diben-       Timbalan Pengerusi       Timbalan Pengarah
        tuk dengan tujuan untuk memantapkan kecemerlangan pengurusan dan pentadbiran.
                                                                                                                 Setiausaha               Pn. Fadilah binti Idris

        Jawatankuasa ini digerakkan dengan penglibatan semua tenaga akademik dan anggota kumpulan                Penolong Setiausaha      Pn. Zarina binti Mustafa
        pelaksana. Tugas-tugas tertentu diagihkan kepada sumber tenaga yang ada dan memegang portfolio                                    En. Abd. Razak bin Abdul Kadir
        tertentu dalam jawatankuasa yang disenaraikan. Semua keputusan mesyuarat akan dibentang dan
        dilaporkan dalam MPPP IPGKIK.                                                                                                     Setiausaha Akademik                              Pegawai Eksekutif Kanan
        BIDANG TUGAS MPPP                                                                                        Ahli Jawatankuasa        Semua Ketua Jabatan                             Penolong Akauntan


        1.     Memutuskan semua dasar dan peraturan, matlamat, visi, dan misi program                                                     Semua Ketua Unit                                    Pegawai Eksekutif
               pendidikan guru di peringkat institut.
        2.     Mengadakan sekurang-kurangnya lapan kali mesyuarat dalam setahun.
        3.     Merancang, mengetuai, dan menentukan mekanisme jaminan kualiti pelaksanaan
               program pendidikan guru dilaksanakan mengikut standard yang ditetapkan.
        4.     Menyelaras perancangan strategik, perancangan tahunan dan manual pengurusan
               institut.
        5.     Meluluskan bajet  kewangan, sumber manusia dan pembangunan infrastruktur.
        6.     Menyediakan mekanisme penilaian keberkesanan pelaksanaan program.
        7.     Menentukan peluang penambahbaikan dilaksanakan secara berterusan.




        BIDANG TUGAS URUS SETIA

        1.     Menyelaraskan urusan mesyuarat bermula dari sebelum, semasa, dan selepas
               sesuatu mesyuarat itu diadakan.
        2.     Menghantar surat atau e-mel undangan mesyuarat.
        3.     Menyemak dan mengemas kini kehadiran ahli mesyuarat sebelum mesyuarat
               berlangsung;
        4.     Mencatat minit mesyuarat.
        5.     Menyediakan draf minit mesyuarat mengikut format yang ditetapkan dan meng
               emukakannya kepada pengerusi mesyuarat untuk kelulusan dalam tempoh tiga
               hari bekerja selepas mesyuarat diadakan.
        6.     Mengedarkan minit mesyuarat selewat-lewatnya tujuh hari bekerja selepas
               mesyuarat.
        7.     Menyediakan dan mengedarkan borang maklum balas.
        8.     Mendapatkan laporan maklum balas daripada pihak yang bertanggungjawab.
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15