Page 7 - Tahun 1 mm Jilid 1 semakan_Flat
P. 7
PENDAHULUAN
Pakej buku teks Matematik Tahun 1 ditulis berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (KSSR) Tahun 1, sejajar dengan kurikulum semakan yang dilaksanakan mulai
tahun 2017. Penulisan pakej buku teks ini disesuaikan dengan keperluan murid untuk
memahami kemahiran asas matematik mengikut pemeringkatan daripada aras yang
paling mudah sehingga abstrak. Pakej buku teks ini diterbitkan untuk melahirkan murid
yang berupaya mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran matematik secara
berkesan dan bertanggungjawab dalam kehidupan seharian.
Pakej buku teks ini mengandungi dua komponen, iaitu Buku Teks dan Buku Aktiviti
yang dipecahkan kepada dua jilid. Tajuk-tajuk yang terkandung di dalam setiap jilid
buku adalah seperti yang berikut.
Buku Teks dan Buku
Buku Teks dan
Buku Aktiviti Aktiviti Jilid 2
Jilid 1 • Pecahan
• Nombor • Wang
hingga 100 • Masa dan Waktu
• Tambah dan • Panjang, Jisim dan
Tolak Isi Padu Cecair
• Bentuk
• Data
Buku Teks berfokus kepada matlamat pembelajaran matematik tentang konsep
dan kemahiran asas matematik. Persembahan buku diolah dengan memasukkan
soalan penaakulan yang berkaitan supaya murid berkomunikasi serta menggalakkan
murid berfikir secara kritis dan kreatif. Setiap pembelajaran dikukuhkan dengan latihan
formatif sama ada secara lisan atau bertulis serta aktiviti lanjutan yang dicadangkan
pada nota guru. Elemen didik hibur dalam pembelajaran turut diselitkan dalam ruangan
Projek Saya dan Cerdas Ria bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang aktif dan
menyeronokkan. Selain itu, elemen nilai murni turut diterapkan secara tidak langsung
melalui aktiviti pembelajaran dan gambar.
Buku Aktiviti menyediakan aktiviti pengukuhan, pemulihan dan pengayaan untuk
mengukuhkan dan memantapkan pemahaman murid tentang apa-apa yang telah
dipelajari dalam Buku Teks. Guru digalakkan untuk menyediakan aktiviti dan latihan
tambahan yang sesuai mengikut keperluan dan keupayaan murid.
Pakej buku teks ini diharapkan dapat memberikan pembelajaran yang bermakna,
menyeronokkan dan menarik minat murid terhadap matematik. Guru boleh merujuk
cara menggunakan pakej buku teks ini seperti paparan berikut.
v
PRILIM-BT. MATH-JLD-1-DarulTgg.indd 5 10/25/16 11:20 AM