Page 3 - AMALI 3 AFI ASRAF
P. 3

AMALI 3                                                                            SCES3103 BIOLOGI PERSEKITARAN

                       Justeru,  kualiti  air  perlulah  sentiasa  terjaga  agar  dapat  memenuhi  keperluan
               penggunanya.  Air  digunakan  untuk  berbagai-bagai  tujuan  termasuk  bekalan  air  domestik,

               perindustrian,  pengairan,  pertanian,  laluan  dan  pengangkutan,  perikanan,  penjanaan  kuasa
               elektrik hidro dan rekreasi. Pencemaran air juga biasanya disebabkan kegunaannya sendiri oleh
               aktiviti manusia iaitu perindustrian, kegiatan domestik, perlombongan, pertanian, dan perikanan.

               Aktiviti-aktiviti ini akan memcemarkan air dengan  pelepasan sisa toksik berbentuk cecair dan
               pepejal.  Sisa-sisa  organik  daripada  sistem  kumbahan perumahan  menyebabkan  peningkatan

               keperluan oksigen biokimia (BOD) air.

                       Ujian menentukan kualiti air dari segi sifat fizikal seperti perubahan  warna, bau, suhu,

               kekeruhan, sifat kimia seperti nilai pH dan rasa air.

                   1.  Warna


                       Air  yang  bersih  adalah  tidak  berwarna/jernih.  Warna  air  menunjukkan  bahawa
                       kemungkinan  terdapat  bendasing  di  dalamnya.  Jadual  berikut  merupakan  ramalan

                       kandungan air yang memiliki warna berbeza :

                               Warna                                    Kandungan


                             Kemerahan                                  Oksida besi


                     Keperangan atau kehitaman                        Oksida mangan

                             Kehijauan                               Kalsium karbonat


                            Keperangan                Bahan-bahan organik (tannin, lignin, asid humus
                                                               daripada pereputan tumbuhan)




                   2.  Bau

                       Air  yang  berbau  kebiasaanya  tidak  disukai  oleh  masyarakat.  Bau  air  dapat  memberi

                       petunjuk terhadap kualiti air, misalnya bau hanyir dapat disebabkan oleh terdapat benda
                       mati atau benda yang busuk di dalam air.
   1   2   3   4   5   6   7   8