Page 4 - AMALI 3 AFI ASRAF
P. 4
AMALI 3 SCES3103 BIOLOGI PERSEKITARAN
3. Suhu
Ujian suhu membantu menentukan kadar tindak balas biokimia dalam persekitaran
akuatik dan sememangnya sama ada ia dapat berlaku sama sekali. Jika suhu air terlalu
tinggi, ini dapat mengehadkan keupayaan air untuk memegang oksigen dan
mengurangkan kapasiti organisma untuk menentang pencemar tertentu.
4. Kekeruhan
Kekeruhan adalah proses mengukur jumlah bahan terampai atau termendap di dalam air.
Jika air mempunyai kekeruhan yang tinggi, proses fotosintesis tumbuhan akuatik akan
terjejas kerana cahaya matahari tidak dapat menembusi air untuk melakukan fotosintesis.
Oleh sebab itu, kepekatan karbon dioksida akan tinggi di dalam air kerana tidak dapat
ditukarkan kepada oksigen melalui fotosintesis.
5. Nilai pH
Untuk mengukur sifat kimia air bagi menentukan kualitinya adalah dengan menggunakan
nilai pH. Nilai pH dapat menentukansama ada cecair tertentu adalah asid atau bes.
Kebanyakkan organisma akuatik hanya dapat bertahan dalam lingkungan pH 6 hingga 8.
Kepekatan ion hidrogen dalam air bersih yang neutral adalah 10-7 g/l. Julat pH adalah
antara skala 0 hingga 14. Klasifikasi nilai pH adalah seperti yang berikut :
➢ pH = 7 menunjukkan keadaan neutral
➢ 0 < pH < 7 menunjukkan keadaan berasid
➢ 7 < pH < 14 menunjukkan keadaan bes (alkali)
6. Rasa
Air minum biasanya tidak mempunyai rasa (tawar). Air yang memiliki rasa yang aneh
menunjukkan kehadiran zat terlarut yang boleh membahayakan kesihatan.
7. Nilai BOD
BOD (Biological Oxygen Demand) iaitu jumlah oksigen terlarut yang diperlukan oleh
mikroorganisma untuk mengurai bahan organik di dalam air. Jika nilai BOD air sungai
semakin tinggi maka semakin rendah kualiti airnya. DO (Dissolve Oxygen) dan BOD
saling berkaitan kerana apabila nilai BOD tinggi ia akan menurunkan nilai DO kerana
terdapat banyak kandungan mikroorganisma di dalam air sungai.