Page 61 - Mudah Sifir
P. 61
Menggantikan ActivityStarter ke WebViewer
ActivityStarter adalah komponen penting kerana ia memberikan
akses kepada mana-mana aplikasi lain pada peranti. Tetapi, ada cara
lain untuk membina pemandu pelancong yang menggunakan
komponen yang berbeza iaitu WebViewer.
WebViewer adalah panel yang anda letakkan terus dalam aplikasi
anda yang berkelakuan seperti penyemak imbas. Anda boleh
membuka mana-mana halaman web, termasuk Peta Google.
Sebelum memulakan projek ini, untuk memudahkan anda, anda
hanya perlu simpan projek yang telah dibuat tadi dengan
menggunakan Save As. Ini supaya anda mempunyai salinan projek
yang telah anda buat setakat ini. Dengan cara itu, jika anda
melakukan apa sahaja yang menyebabkan isu dalam aplikasi anda,
anda boleh kembali ke versi ini dan cuba lagi.