Page 62 - Mudah Sifir
P. 62
Menambah Web Viewer
Dalam Designer padam komponen ActivityStarter. Kemudian, dari
Palletes User Interface, seret komponen WebViewer dan letakkan di
bawah komponen lain. Nyahtanda Screen1.Scrollable supaya
WebViewer akan memaparkan halaman dengan betul.
Mendapatkan URL untuk Peta Google yang Spesifik
Langkah seterusnya adalah untuk membuka Peta Google pada
komputer anda dengan mencari peta khusus yang anda ingin
lancarkan untuk setiap tujuan:
1. Pada komputer anda, layari http://maps.google.com.
2. Cari landmark (mis. Masjid Kristal).
3. Zum ke tahap yang anda inginkan.
4. Pilih jenis pandangan yang anda mahu (cth., Street View).
5. Dapatkan URL dengan hanya boleh menyalin URL dari bar alamat.