Page 100 - Saujana Pujangga 2022
P. 100

 PROGRAM PEMENTORAN NIE
PENGALAMAN PROGRAM PEMENTORAN NIE-NUS
Syairrah Binte Mohamad Rozali
NAJC
pabila saya diberitahu tentang Program Pementoran di Institut Pendidikan Nasional (National Institute of Education, NIE), saya teruja dan terus mengambil peluang keemasan ini walaupun tidak diwajibkan. NIE-NTU merupakan salah satu menara gading idaman saya kerana menjadi seorang guru adalah cita-cita saya. Tambahan pula, sebagai pelajar MLEP yang baharu, saya ingin mendedahkan diri saya kepada pelbagai peluang dan pengalaman dan program ini merupakan wadah yang terbaik untuk memenuhi hasrat tersebut. Tujuan saya memilih program di bawah NIE-NTU kerana saya ingin mempelajari budaya dan kebijaksanaan Melayu dengan lebih lanjut. Oleh sebab program di bawah NIE-NTU lebih menekankan puisi dan sajak Melayu yang selaras dengan kurikulum saya, saya membuat keputusan untuk memilih program ini.
Dalam sesi pertama, saya berpeluang untuk berkenal suai dengan pensyarah-pensyarah NIE dan juga pelajar-pelajar NIE dan NTU. Lakaran kegiatan yang akan kami lalui juga dikongsi sama. Semasa sesi tersebut, saya juga dapat mengenali pelajar-pelajar daripada Institusi Raffles. Bukan itu sahaja, perkongsian daripada mahasiswa NIE dan NTU memberikan saya gambaran tentang pengalaman mereka sebagai pelajar-pelajar NIE/NTU. Pengalaman mereka sangat mengujakan dan membuat saya lebih ghairah untuk memasuki NIE/NTU selepas pengajian peringkat maktab rendah.
Saya menyertai sesi ‘Kebangkitan untuk Dunia Sastera’ yang dianjurkan sempena Festival Puisi Singapura. Dalam sesi itu, saya mempelajari puisi-puisi dan sajak-sajak hasil karya tokoh-tokoh sasterawan yang hebat -hebat belaka seperti Mohamed Ismail
Abdullah, Mustofa Bisri atau lebih dikenali sebagai Gus Mus dan Usman Awang. Ketiga- tiga tokoh sastera ini merupakan tokoh yang ternama di rantau ini.
Sesi ini banyak membuka mata saya tentang kehebatan karya-karya sastera yang menceritakan hal ehwal dan masalah dunia dalam bentuk yang begitu kreatif sekali. Sebagai seorang pelajar yang baru sahaja hendak berjinak-jinak dengan sastera, saya mendapat tahu bahawa sajak dan puisi tidak seharusnya hanya digunakan untuk meluahkan rasa cinta atau patah hati. Sebenarnya, sastera boleh dijadikan sebagai saluran untuk menceritakan dan meningkatkan kesedaran tentang kesalahan dan masalah manusia di dunia.
Selanjutnya, saya menyertai kuliah ‘Sastera Melayu Tradisional’ oleh Dr. Kartini Anwar. Topik pada minggu itu merupakan ‘Pantun dan Manifestasi Minda Melayu’. Kuliah ini mengetengahkan falsafah dalam pantun dan unsur estetik dalam pantun. Kuliah ini sangat menarik pada pendapat saya kerana saya dapat mengenali pantun, sesuatu yang belum saya pelajari di sekolah. Pantun merupakan sesuatu yang janggal bagi saya kerana ianya mempunyai baris pembayang dan maksud. Terutama sekali, falsafah di sebalik pantun merupakan unsur yang paling menarik bagi saya sepanjang sesi ini kerana saya dapat mempelajari bagaimana orang Melayu pandai mereka pembayang yang logik dan berkait dengan maksudnya. Seperti contoh,
Penat saya menanam padi, Nenas tetap dicari orang; Penat saya menanam budi, Emas tetap dipandang orang.
98 Saujana Pujangga 2022























































































   98   99   100   101   102