Page 101 - Saujana Pujangga 2022
P. 101

 Imej padi dan nenas yang digunakan sangat bijak kerana dapat menunjukkan bagaimana ada manusia yang tidak menghargai jasa orang lain dan lebih mengutamakan harta dunia.
Sesi tentang ‘Malay Performing Arts’ oleh Dr. Roszalina Rawi merupakan sesi yang paling dinanti-nantikan. Sebagai seorang penari tarian Melayu dalam aktiviti kokurikular (CCA) di sekolah saya, saya ingin mengenali tarian Melayu yang berbeza-beza dengan lebih lanjut. Saya hanya dapat mempelajari tarian kontemporari dalam CCA saya. Sepanjang sesi itu, saya sangat teruja dan tertarik kerana kami bukan sahaja dapat mempelajari tujuan dan inspirasi pelbagai tarian Melayu, tetapi saya juga dapat mempraktikkan tarian tersebut. Aktiviti itu menyeronokkan kerana saya dapat menari bersama rakan-rakan saya dan juga abang-abang dan kakak-kakak daripada kursus yang berbeza di NIE/NTU. Sesi ini juga menjadi saluran untuk saya menikmati keindahan tarian yang merupakan sebuah penanda identiti masyarakat Melayu. Saya paling kagum apabila mengetahui bahawa tarian asli Mak Inang bertujuan untuk mendodoikan raja pada zaman dahulu. Semestinya, sesi-sesi ini meluaskan ilmu pengetahuan saya tentang alam tarian Melayu.
Walaupun saya tidak dapat mengalami pengalaman pementoran yang sepenuhnya kerana jadual NIE dan jadual sekolah saya bertentangan, saya dapat m e r a i h b a n y a k i l m u dan pengalaman sepanjang program ini. Hubungan silaturahim yang telah saya bina pastinya akan kekal selepas tamatnya program ini. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih terutamanya kepada Dr. Kartini Anwar kerana telah mengendalikan segala pertemuan kami dan menjaga kami di kampus. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Dr. Saeda Buang dan Dr. Roszalina Rawi kerana telah menerima kehadiran saya dan pelajar-pelajar lain dengan tangan yang terbuka sewaktu kuliah-kuliah yang diadakan. Meskipun tahun ini merupakan tahun pertama NIE-NTU mengadakan program pementoran ini, saya dapat meraih pengetahuan yang luas serta pengalaman yang seronok dan bernas. Terima kasih juga kepada pihak Kementerian Pendidikan (MOE) kerana memberikan saya peluang ini dan sekaligus menaikkan semangat saya untuk menjadi pejuang bahasa, pencinta sastera dan pembela budaya.
PROGRAM PEMENTORAN NIE
 Saujana Pujangga 2022 99






























































































   99   100   101   102   103