Page 103 - Saujana Pujangga 2022
P. 103
SASTERA MELANGKAUI EMPAT TEMBOK
Khadijah Alsagoff
RI
Selama lima bulan bermula dari Julai hingga November 2022, saya bersama rakan-rakan dari institusi berlainan (RI, YIJC dan NJC) telah menjalani Program Pementoran di NUS. Kami dibimbing oleh pensyarah Dr. Azhar Ibrahim dan beliau telah memberikan kami pelbagai peluang bagi mempertingkatkan ilmu kami tentang budaya dan Bahasa Melayu, serta mendedahkan kami kepada falsafah dan cara pemikiran beberapa cendekiawan daripada pelbagai bidang.
Sesi-sesi yang telah kami jalani amat bermanfaat. Antara keunikan program ini, Dr. Azhar Ibrahim telah memastikan bahawa kami tidak terhad kepada persekitaran bilik darjah. Beliau telah menggalakkan kami untuk menghadiri ceramah dan sesi dialog juga, seperti ‘Cita Bichara 2022’. ‘Cita Bichara’ ialah siri forum sastera dan pendidikan Melayu yang bertujuan untuk memupuk dan menyediakan ruang untuk ekspresi kreatif dan diskursif dalam kalangan penulis, pengamal budaya dan pelajar.
Semasa sesi tersebut, kami dapat mempelajari karya-karya berbeza dari seluruh Nusantara. Karya-karya tersebut telah menyentuh topik-topik seperti ulasan sosial, perjalanan rohani, pendokong etika dan episod sejarah. Pembicaraan ini telah memperkenalkan unsur- unsur politik, feudalisme dan kolonialisme serta sifat keagamaan dalam karya seperti ‘Kisah Pelayaran’ oleh Ibrahim Munshi dan ‘Misa Melayu’ oleh Raja Chulan. Selain itu, kami juga berpeluang ke Pesta Penulis Singapura
2022 (SWF). Kami dapat mengenali karya-karya sasterawan wanita Melayu seperti Raja Aisyah Sulaiman, Adibah Amin, Profesor Madya Hadijah Rahmat, Sa’eda Buang dan Rasiah Halil.
Saya sangat bersyukur dapat hadir di majlis yang menyentuh topik-topik yang tidak pernah dibicarakan pada waktu kelas di sekolah. Sebagai seorang peminat sastera daripada golongan belia saya diperkenalkan kepada karya lama yang sangat mengharukan dan memperkasakan wanita. Saya yakin saya tidak mungkin dapat mengetahui penulis dan topik-topik tersebut jika tidak menghadiri acara sebegini.
Dr.AzharIbrahimjugatelahmembawakamike The Arts House di Old Parliament. Kami telah diberikan peluang untuk melawat pameran ‘Our Cultural Medallion Story’ oleh Majlis Seni Kebangsaan (NAC). Melalui pameran ini kami dapat mendalami pengetahuan kami tentang tokoh-tokoh budaya di Singapura dan sumbangan mereka kepada bidang seni dan budaya tempatan. Misalnya, kami telah membaca dan menonton video tentang sasterawan Mohamed Latiff Mohamed, ahli muzik seperti Yusnor Ef, Rahimah Rahim, dan lain-lain. Pameran ini telah dibuka khas untuk kami walaupun sebenarnya tidak terbuka kepada umum pada waktu itu kerana Dr. Azhar Ibrahim ingin memastikan bahawa kami diberi peluang mempelajari tentang tokoh-tokoh tersebut dengan cara yang cukup efektif.
PROGRAM PEMENTORAN NUS
Saujana Pujangga 2022 101