Page 105 - Saujana Pujangga 2022
P. 105

 PENGALAMAN BERHARGA DI NIE
Syarifah Syaza Syafiah Binte Syed Ahmad
RI
Pertama kali saya diberitahu bahawa saya berpeluang untuk mengikuti Program Pementoran NIE, saya begitu teruja dan tidak sabar untuk memanfaatkan kesempatan tersebut kerana kumpulan para pelajar pada tahun ini merupakan kumpulan yang pertama untuk menjalani program ini di NIE. Tambahan pula, dengan pelonggaran langkah- langkah keselamatan COVID-19, saya dan para pelajar yang lain juga berkesempatan untuk menjejakkan kaki ke kampus NIE dan menghadiri kuliah-kuliah yang dijalankan secara fizikal. Pengalaman ini merupakan sesuatu yang baharu dan amat mengghairahkan saya.
Sebelum saya dipilih untuk menyertai program ini, saya perlu menulis sebuah perenggan tentang tujuan saya mengikuti program ini. Pada masa itu, saya banyak membuat renungan tentang perkara-perkara yang saya ingin capai melalui
program ini. Tentunya, saya
ingin memperluaskan
pengetahuan s a y a
tentang sastera dan
bahasa Melayu serta memperkasakan lagi
penggunaan bahasa
Melayu agar lebih
berkeyakinan dan
dapat mempengaruhi
orang lain. Tambahan
lagi, saya juga berazam
untuk mengenali
budaya Melayu dengan
lebih mendalam serta mengalami
kehidupan di kampus NIE. Oleh itu, saya amat bersyukur kerana dapat mencapai hajat tersebut setelah mengalami program ini.
Melalui program ini, saya telah banyak didedahkan kepada kepelbagaian dalam penggunaan bahasa Melayu untuk menerangkan sesuatu konsep ataupun ideologi dalam masyarakat Melayu. Tamsilnya, melalui kuilah Dr. Kartini pada 7 September, saya dapat meluaskan perspektif saya tentang tujuan bahan jenaka dalam sastera. Contohnya, Pak Pandir yang selalu digambarkan sebagai seorang yang bodoh dan lurus bendul dianggap sebagai cerminan orang-orang dalam masyarakat yang juga dungu. Namun, setelah mengupas kisah-kisah Pak Pandir dengan lebih teliti, saya mendapati bahawa Pak Pandir bukanlah orang yang bodoh. Dia hanya memerlukan penerangan yang berdiskripsi dan terperinci supaya dapat melakukan pekerjaannya dengan baik. Dengan bimbingan Dr. Kartini, saya dapat membuat kesimpulan bahawa Pak Pandir melambangkan golongan dalam masyarakat yang kurang keupayaan mental dan memerlukan bantuan dalam
kerja seharian mereka. Perkara ini benar- benar dapat mengubah persepsi saya tentang penggunaan bahan jenaka dalam cerita Melayu. Saya seringkali berfikir tentang sebab dan tujuannya cerita sebegini direka. Adakah untuk mempamerkan sikap bodoh manusia? Tetapi, melalui kuliah tersebut, saya dapat menerima pandangan bahawa penggunaan bahan jenaka dalam kisah Pak Pandir hanyalah sebagai sebuah pengajaran tentang golongan yang memerlukan bantuan dalam
masyarakat.
PROGRAM PEMENTORAN NIE
  Saujana Pujangga 2022 103










































































   103   104   105   106   107