Page 107 - Saujana Pujangga 2022
P. 107
SAYA, TEKS, DAN CARA PEMIKIRAN MASYARAKAT MELAYU
Rausyan Ara Binte Mahmud
YIJC
Pertama sekali, saya ingin meluahkan rasa kesyukuran kerana diberi peluang untuk menghadiri Program Pementoran di Jabatan Pengajian Melayu, NUS 2022 bersama Dr. Azhar Ibrahim. Sebelum menghadiri program ini, saya mempunyai harapan untuk mempelajari budaya Melayu dengan lebih mendalam dan meraih ilmu daripada orang yang berpengetahuan. Bukan itu sahaja, saya berharap agar dapat meraih pengalaman yang unik dan baharu. Setelah mengikuti program ini selama lima bulan, saya berasa gembira kerana dapat melakukan semua yang diharapkan.
Melalui program tersebut, saya dapat mengunjungi Universiti Nasional Singapura, terutama sekali bangunan FASS. Di sana, s a y a dapat menghadiri kelas-kelas Pengajian Melayu. Saya dapat mendengar kuliah tentang Eurocentrism yang mengetengahkan tentang kecendrungan untuk mentafsirkan sejarah dan budaya masyarakat bukan Eropah dari sudut perpspektif pandagan Barat. Saya bersama rakan-rakan yang menyertai program ini diperkenalkan kepada sumber- sumber daripada Eurocentrism dan kami membincangkan pandangan kami tentang sumber yang sedang diketengahkan.
Banyak bahan bacaan yang telah dikongsi untuk mengembangkan pengetahuan saya. Antara bahan bacaan yang dikongsi ialah, ‘Peranan Intelektual’ oleh Usman Awang yang telah meninggalkan kesan yang paling dalam diri say. Teks tersebut membincangkan ciri- ciri penulis yang dianggap sebagai seorang y a n g intelektual. Beliau mengatakan bahawa ciri utama yang perlu ada pada seorang
intelektual ialah sikap hidup yang dijelmakan melalui pendiriannya. Bukan itu sahaja teks tersebut juga menyebut tentang pendapat orang ramai bahawa masyarakat kampung malas. Usman Awang kemudian menyatakan bahawa orang-orang kampung merupakan golongan yang bekerja keras yang bertungkus- lumus mencari rezeki. Secara keseluruhan, setelah membaca teks yang ditulis Usman Awang, pemikiran saya diluaskan kerana beliau telah menyentuh pelbagai isu yang penting.
Selain itu, saya juga menghadiri sesi membaca. Saya dan pelajar-pelajar yang lain berserta d a n Dr. Azhar Ibrahim telah bergilir-gilir untuk membaca teks ‘Watak Tertawan di Negara Membangun’ oleh Syed Hussein Alatas. Sambil membaca, kami sering berhenti untuk mengongsi pendapat dan berbincang. Melalui teks tersebut, saya dapat melihat beberapa isu yang sedang dihadapi oleh masyarakat. Antaranya adalah tabiat tidak membincangkan masalah-masalah dan hanya menunggu pihak Barat untuk melakukan sesuatu agar kita boleh mengikutnya. Kita sebagai masyarakat memikirkan bahawa segala yang diketengahkan oleh Barat adalah mustahak dan baik dan ini telah mendorong kita untuk mengikut mereka secara membuta tuli. Saya merasakan bahawa hal tersebut merupakan ironi kerana masyarakat kita antipenjajah tetapi tertawan untuk mengikut-ikut perbuatan mereka.
Dr. Azhar Ibrahim juga telah berkongsi tentang pelbagai ceramah yang dapat diikuti pelajar- pelajar dalam program ini. Kesemua ceramah relevan dan penuh dengan maklumat yang
PROGRAM PEMENTORAN NUS
Saujana Pujangga 2022 105