Page 109 - Saujana Pujangga 2022
P. 109
MELUASKAN DAN PENGETAHUAN PENGETAHUAN MELALUI DUNIA SASTERA MELAYU
Qaisara Firzanah Binte Roslan
YIJC
PROGRAM PEMENTORAN NUS
Saya amat berbesar hati dapat menyertai sebahagian Program Pementoran di Jabatan Pengajian Melayu, NUS 2022 bersama Dr. Azhar Ibrahim. Melalui program ini, saya bersama pelajar-pelajar Program Elektif Bahasa Melayu (MLEP) dari beberapa maktab rendah telah menyertai kuliah-kuliah bebas yang disampaikan oleh Dr. Azhar. Sesi kuliah ini telah meluaskan pengetahuan kami tentang kesusasteraan Melayu. Bahkan, sesi bersama Dr. Azhar Ibrahim telah turut membantu meningkatkan lagi pengetahuan kesusasteraan Melayu selain daripada apa yang telah kami pelajari di sekolah.
Kali pertama kami bertemu Dr. Azhar di NUS, kami dapat mengenali satu sama lain. Kami berkongsi sebab-sebab kami ingin menyertai program pementoran ini. Kami juga meluahkan apa yang ingin kami pelajari atau raih daripada program ini. Saya turut menyatakan matlamat saya menyertai program ini. Matlamat saya adalah untuk mendalami bahasa dan budaya Melayu kerana saya percaya pengetahuan saya yang cetek berkaitan hal-hal ini dapat
diluaskan lagi. Dr. Azhar juga telah memberikan penerangan tentang program-program yang akan kami hadiri. Sejujurnya, selepas mendengar taklimat daripada Dr. Azhar, saya menjadi lebih gementar untuk melalui program tersebut kerana saya kurang yakin akan keupayaan saya. Namun begitu, saya tetap cekalkan hati demi menimba dan menjana lebih banyak ilmu.
Salah satu sesi yang kami dapat hadiri ialah sesi ‘Cita Bichara’. Melalui acara ini, saya mendapat pendedahan kepada empat tokoh yang mempersembahkan serta berkongsi tentang empat sastera klasik. Karya-karya sastera tersebut termasuklah ‘Menjejak Kepedulian Manusiawi Ibrahim Munshi melalui Kisah Pelayarannya’, ‘Warisan Intelektual Hasan Mustapa: Dari Sunda untuk Nusantara’, ‘Berkebijaksanaan dan Berkeadilan: Masyarakat Idaman di dalam Hikayat Panglima Nikosa dan Aral’ dan ‘Belenggu: Falsafah Feudal dalam Misa Melayu’. Selain itu, kami juga diberi peluang untuk menyertai banyak lagi sesi yang serupa. Sesi-sesi ini membolehkan kami
Saujana Pujangga 2022 107