Page 110 - Saujana Pujangga 2022
P. 110
PROGRAM PEMENTORAN NUS
memperoleh pemahaman dan pengetahuan yang lebih tentang teks sastera yang dibincangkan.
Kami juga berpeluang untuk menghadiri kuliah yang dijalankan dalam talian. Kuliah dalam talian termasuk ‘5th Syed Hussein Alatas Memorial Lecture’. Selain itu, salah satu kursus dalam talian yang saya hadiri ialah ‘Eastern Voices Against Western Colonialism’. Perbincangan yang diadakan amat menarik dan telah membuka minda saya. Melalui kuliah fizikal, termasuk kuliah yang dijalankan oleh Dr. Azhar sendiri, kami merasakan pengalaman sebagai seorang pelajar universiti yang menghadiri kuliah di universiti. Peluang sebegini memberikan gambaran tentang suasana pengajian Melayu di peringkat universiti.
Tambahan pula, kami seringkali dimaklumkan sekiranya ada ceramah yang dijalankan oleh pihak Perpustakaan Negara, kami digalakkan untuk menyertai ceramah-ceramah tersebut. Tanpa program pementoran, saya tidak akan tahu tentang ceramah-ceramah tersebut. Peluang ini membuka mata saya tentang betapa mudahnya untuk kita menghadiri ceramah-cemarah sebegitu pada masa lapang agar kami dapat mempelajari topik-topik yang dibincangkan dengan lebih lanjut.
Kami juga menjalani program membaca bersama mentor. Melalui program ini, kami dikehendaki membaca rencana ‘Watak Tertawan di Negara Membangun’ oleh Syed Hussein Alatas daripada buku ‘Pascakolonalisme Dalam Pemikiran Melayu’. Setiap pelajar dikehendaki membaca satu perenggan
108 Saujana Pujangga 2022