Page 108 - Saujana Pujangga 2022
P. 108
PROGRAM PEMENTORAN NUS
bermanfaat. Saya berasa bahawa ceramah- ceramah tersebut sungguh mendidik dan membuka ruang untuk perbincangan antara penulis, pelajar serta pengamal budaya. Tambahan pula, ceramah-ceramah ini memberikan peluang kepada saya untuk belajar lebih tentang warisan sastera dan seni budaya Melayu. Saya masih ingat dengan jelas sesi ‘Cita Bichara’ yang saya hadiri dan merasakan bahawa sesi tersebut dapat mendedahkan diri saya kepada teks dan cara saya mengupas teks dengan betul. Semasa sesi tersebut, saya telah
mempelajari ulasan sosial, perjalanan rohani, pendidikan etika dan episod sejarah.
Secara keseluruhan, saya telah dapat belajar tentang budaya Melayu dan mengetahui bahawa pengajian Melayu tidak terhad kepada amalan budaya tetapi juga cara pemikiran masyarakat Melayu serta persepsi orang lain terhadap masyarakat Melayu. Program ini telah mendorong saya untuk terus berminat dalam budaya Melayu dan turut serta dalam
pelbagai aktiviti apabila diberikan peluang. Saya juga sedar akan betapa dalam budaya Melayu masih banyak perkara yang perlu dikupas. Saya tentu tidak
akan lupa akan pendedahan melalui program yang telah membantu meluaskan pemikiran dan pengetahuan
saya.
106 Saujana Pujangga 2022