Page 106 - Saujana Pujangga 2022
P. 106

 PROGRAM PEMENTORAN NIE
Selain itu, melalui kuliah Dr. Roszalina, saya juga mempelajari seni dalam budaya Melayu dengan lebih mendalam, khususnya, tarian asli Mak Inang dan tarian inang. Saya mendapat tahu bahawa tarian tersebut bertujuan untuk mendodoikan raja pada zaman dahulu. Tarian inang merupakan jenis tarian yang menggunakan gerakan depan dan belakang dengan perlahan. Tambahan pula, saya juga berpeluang melalui aspek praktikal kuliah ini, iaitu mencuba tarian inang bersama rakan-rakan yang lain. Pengalaman ini amat menyeronokkan!
Selain mempelajari sastera dan bahasa Melayu, program ini juga
banyak mendedahkan
saya kepada
kehidupan
di kampus NIE. Saya rasa pendedahan ini amat penting bagi saya jikalau saya hendak menceburi bidang perguruan. Saya menyertai beberapa kuliah dan mendapat maklumat lanjut tentang pengisian kurikulum yang dilalui oleh bakal guru.
Walaupun berhadapan dengan beberapa cabaran, saya tidak dapat menafikan bahawa pengalaman tersebut amat berharga bagi saya dan tidak mungkin dapat dilalui oleh semua pelajar maktab rendah. Saya amat menghargai setiap peluang yang diberikan dan saya ingin melahirkan rasa terima kasih saya terhadap Dr. Kartini kerana telah banyak membantu dan membuka minda saya kepada dunia sastera Melayu.
 104 Saujana Pujangga 2022


























































































   104   105   106   107   108