Page 114 - Saujana Pujangga 2022
P. 114
CERPEN
JANJIKU KEPADA ADAM
Hanis Zuhairah Binte Mohd Yazid
JPJC
“Sadaqallahul Azim.”
Buku kecil dalam genggaman kututup sebelum kukucup dan tekap ke dahi. Dengan perlahan kusapu wajahku. Pandanganku beralih pada nama yang tercatat pada batu nisan.
“Nur Adam Bin Ahmad”. Nama milik insan yang telah kuanggap sebagai anakku sendiri, bertarung nyawa dengan penyakit leukemia pada usia muda lagi. Insan ini juga yang mengajar aku erti bersyukur dalam kehidupan. Fikiranku mula menerawang. Tidak akan pernah kulupa pertemuan kami yang amat bermakna ini. Semoga dia ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.
“Doktor, ada apa-apa yang tak kenakah?” tanyaku dengan penuh kebimbangan setelah bertemu doktor yang membuat pemeriksaan kesihatan
di Hospital Setia Aman.
Kerutan dahi Doktor Kamarul
menambah kerisauan yang membebani diriku. Titisan peluh mula di dahiku. Jantungku berdegup kencang. Resah menerkam diriku. Jari-jemariku menggigil.
“Berat hati saya untuk menyampaikan keputusan pemeriksaan kesihatan awak. Saya berharap awak tabah dan sabar dengan ujian yang dikurniakan oleh Tuhan, ya. Berdasarkan pemeriksaan, awak kini sedang menghidap penyakit barah paru-paru tahap ketiga. Kesan
rokok menyebabkan perubahan struktur dan fungsi saluran pernafasan dan jaringan paru- paru. Disebabkan kebiasaan merokok, proses penurunan pernafasan bahagian paru-paru lebih cepat daripada biasa. Namun, jangan patah semangat kerana jika awak bekerjasama dengan pihak kami, kami akan cuba yang terbaik. Buat masa sekarang, saya menyarankan pembedahan dan rawatan kemoterapi untuk awak. Setelah itu, kami akan buat pemantauan,” jelas Doktor Kamarul panjang lebar sambil
menunjukkan kepada aku kondisi paru-paruku melalui keputusan X-ray pada skrin komputernya.
Berita pahit yang disampaikan bagai menghadiahkan satu ‘kejutan elektrik’ kepada aku. Nasi telah pun menjadi bubur. Tiada apa yang aku mampu ubah. Remuk sungguh hatiku. Aku terpaksa bersetuju untuk menerima rawatan yang selanjutnya setelah dipujuk berkali-kali. Jauh dalam lubuk hatiku, aku ingin sahaja membiarkan kesakitan ini memakan diriku sehingga ke penghujungnya. Buat apa lagi aku membazir duitku jika aku
akan mati tidak lama lagi?
Perlahan-lahan aku cuba untuk membuka mataku. Seluruh tubuhku berbisa. Aku menarik nafas lega kerana diberikan peluang untuk hidup setelah dibedah. Jangka waktu yang telah berlalu terasa begitu lama sehingga aku tersedar daripada tidurku. Tuk. Tuk. Tuk. Ketukan dari pintu bilikku mengalihkan pandanganku ke arah seorang anak kecil yang baru masuk. Rupa-rupanya dia juga
112 Saujana Pujangga 2022