Page 116 - Saujana Pujangga 2022
P. 116

 CERPEN
ceria Adam timbul sekali lagi. Aku membiarkan dia duduk di tepi katilku. Kali ini, aku bersuara. “Nama anak Adam, bukan? Mana ibu bapa Adam? Boleh pak cik tanya, Adam sebenarnya sakit apa? Kesian pak cik tengok Adam. Kecil-kecil lagi perlu lalui semua ini.” Adam mengangguk-anggukkan kepalanya.
“Ibu bapa Adam ada. Ibu di bilik sebelah. Ayah pula sedang bekerja. Nanti baru dia datang. Adam? Adam sakit leu ... leuk ... leuke ...” jawab Adam tergagap-gagap.
“Leukemia?”potongku lembut.
Adam mengangguk dengan pantas, teruja kerana itu jawapan yang cuba dicarinya. Aku bersimpati dengan nasib yang melandanya. Aku mengukir senyuman nipis. Sepanjang kami menunggu bapa Adam datang, aku hanya duduk di atas katil bersamanya sambil rancak bercerita dan menonton televisyen. Dua jam berlalu dan akhirnya bapa Adam tiba tiba di hadapan bilikku. Aku bertukar salam dan kemudiannya mengucapkan selamat tinggal kepada Adam.
“Selamat pagi, Pak cik! Adam ada hadiah untuk Pak cik,” ucapnya ghairah.
Aku tersedar dan menggosok-gosok mataku. Anak patung beruang yang sama dihulurkan kepada aku. Hati kecilku tersentuh. Aku mencapainya dan tertawa melihat gelagat anak kecil ini yang begitu menghiburkan. Aku mengucapkan terima kasih dan melambaikan tanganku ke arahnya. Ibunya sedang menunggunya di muka pintu.
Pada petang itu, batukku menjadi lebih teruk sehingga aku memuntahkan cecair merah pekat. Aku mengusap-usap dadaku dan cuba untuk menahan keperitan. Kemudian, aku kembali baring. Aku melepaskan keluhan berat. Ingin sahaja aku putus asa. Penat. Keperitan ini bagaikan merobek-robek hati yang sedang meraung.
“Adam, masa Adam baru lepas rawatan, Adam sakit macam Pak cik jugakah? Dengan usia Adam yang sangat muda, Adam tidak takutkah dengan kematian?”
“Sakit datang daripada Tuhan. Mak selalu kata kalau kita sakit, Tuhan nak ampunkan dosa kita. Lagipun, bukankah semua makhluk yang hidup akan mati suatu hari nanti?”
Mendengar jawapan Adam, aku terpaku sebentar. Anak kecil ini sungguh arif ketika bertutur. Mesti orang tuanya bangga dengannya. Aku menganggukkan kepala lalu mengusap kepalanya lembut.
“Pak cik, kalau Adam sudah tiada nanti, boleh tak Pak cik janji dengan Adam? Jangan merokok lagi. Adam tak nak Pak cik sakit lagi. Boleh?” rayu anak kecil itu dengan penuh harapan agar aku berjanji dengannya.
Tanpa kusedari, air mata jernih jatuh membasahi pipiku. Aku menganggukkan kepala lalu mengangkat tanganku tanda aku berjanji. Aku sambung melukis gambar bersamanya.
Enam bulan berlalu dengan begitu pantas. Ikatan yang terjalin antara aku dengan Adam menjadi semakin erat bagaikan seorang anak dengan ayah. Syukur kepada IIlahi kerana keadaan kami berdua semakin stabil. Selama aku berada di hospital, aku tidak kesunyian seperti yang aku jangkakan sebagai seorang anak yatim piatu. Hari demi hari aku mula bersyukur dengan setiap takdir yang ditetapkan oleh-Nya. Tidak kusangka anak kecil yang jarak usianya tiga puluh tahun denganku akan memberikan inspirasi kepada aku. Aku hanya mendoakan yang terbaik supaya kami berdua sempat meraih kesembuhan.
Seperti biasa, aku dan Adam akan bertemu di taman tingkat empat berdekatan dengan bilik hospital kami tepat pada pukul sembilan pagi. Pada hari ini, aku berjanji dengannya
114 Saujana Pujangga 2022



















































































   114   115   116   117   118