Page 118 - Saujana Pujangga 2022
P. 118
CERPEN
TEKAD
Siti Nur Ain Syikin Binte Junaidi
JPJC
“Sudah banyak kali Abah katakan! Abah tidak benarkan!” bangkang Abah tegas.
Surat di dalam genggaman tangannya itu dicampak ke tepi. Muka Abah yang tadinya tenang terus menjadi berang dan merah menyala.
“Tetapi, mengapa tidak, Abah? Ini kehidupan Siti! Siti berhak tentukan kehidupan Siti sendiri!” teriak Siti tidak berpuas hati.
Tangannya memeluk tubuh kecilnya itu. Perasaan marah semakin membuak-buak dalam lubuk hatinya.
Abah mengeluh panjang. Dengan perlahan, Abah pun melabuhkan punggungnya di atas sofa di sebelahnya. Abah menggelengkan kepalanya. Tangannya mencekup wajah yang kelihatan garis-garis kedutan pada dahinya dengan nada yang sayu, Abah menjawab,
“Siti, kerja itu merupakan tanggungjawab yang sangat besar. Abah takut jikalau Siti tidak dapat menggalasnya. Lagipun, Siti tidak tahan lasak. Siti, kerja
itu terlalu bahaya untuk seorang perempuan seperti kamu. Kalau apa-apa terjadi kepada Siti,
Abah tidak akan dapat memaafkan diri Abah kerana mengizinkan Siti memilih kerjaya itu,” keluh Abah sambil memandang lesu ke arahku.
116 Saujana Pujangga 2022