Page 119 - Saujana Pujangga 2022
P. 119

 Siti memandang Abahnya. Dia tidak menyangka bahawa keputusannya itu mendapat tentangan yang sangat kuat daripada Abahnya. Hatinya sedikit terkilan dengan kata-kata Abahnya itu. Memang benar, Siti sering kali mendengar orang kata bahawa tugas askar sangat mencabar bukan sahaja dari segi fizikal malah mental juga. Ya, memang benar. Siti akui dia gadis yang lemah lembut. Malah, selama Siti disekolah,diamerupakanseorangpenari. Namun, apakah itu menjadi satu halangan untuk mencapai cita-citanya? Apa salahnya jika dia ingin mengejar cita-citanya untuk menjadi seorang wirawati kepada negara?
“Siti tidak peduli, Siti akan pergi juga,” ujar Siti singkat, memberikan kata putus.
Sebak dalam dadanya tidak dapat tertahan lagi. Dengan segala kekuatan yang ada, Siti mengutip semula surat yang dicampak Abahnya itu. Dia bergegas masuk ke dalam biliknya. Daun pintu bilik dihempas kuat.
Beg yang sudah siap dikemas seminggu yang lalu itu dikeluarkan. Salahnya juga kerana tidak berbincang dengan Umi dan Abahnya dahulu sebelum memohon untuk menjadi askar. Kini, dia perlu menghadiri latihan selama tiga bulan di Pulau Ubin. Siti mengeluh. Ada benarnya juga kata-kata Abah. Tanggungjawab seorang askar itu berat. Namun, demi mencapai cita- citanya, dia sanggup melakukan apa sahaja. Dia bertekad untuk teruskan cita-citanya itu sehingga tercapai.
“Siti jaga diri baik-baik, ya,” pesan Umi sambil mendakap satu-satunya anak perempuannya itu. Tangannya pantas mengelap air mata yang mengalir tanpa henti.
Akhirnya, hari yang dinanti-nantikan telah tiba. Terlalu berat rasanya untuk meninggalkan keluarga tercinta. Siti takut memikirkan kendala-kendala yang harus ditempuhinya untuk menjadi askar wanita yang berjaya. Hatinya berdegup kencang. Bagaimanakah jikalau dia gagal mencapai cita-citanya? Tanpa disedari, air mata mula bergenangan di kelopak matanya. Dia harus berani. Walau apapun yang bakal ditempuhi, dia harus cekalkan hatinya. Genggam bara api biar sampai menjadi arang. Siti menghela nafas panjang dan menjejakkan kakinya masuk ke dalam kawasan latihan tersebut.
Sepanjang latihan yang dilalui Siti, dia seringkali menjadi tumpuan ramai. Maklumlah, tidak ramai gadis yang berani menganggotai pasukan askar wanita. Terdapat juga manusia yang berfikiran cetek dan ragu-ragu akan kehadiran Siti di situ disebabkan stereotaip masyarakat. Bolehkah seorang perempuan, lebih-lebih lagi yang bertubuh kecil sepertinya, menjalani latihan-latihan fizikal yang berat dan lasak? Mengapakah dia membuang masanya di situ?
Ternyata, jangkaan mereka hampir tepat. Amat sukar bagi Siti untuk menjalani latihan- latihan yang jelas mencabar keupayaan fizikal dan mentalnya. Pada hari pertamaitu sahaja, dia perlu berlari selama sejam tanpa henti. Keadaan tubuhnya yang agak kecil menjejaskan prestasi serta daya tahannya sebagai seorang askar wanita.
Tambahan pula, terlalu sukar bagi Siti untuk menyesuaikan dirinya di situ. Di samping diskriminasi yang dihadapi, dia juga tidak biasa dengan keadaan dan persekitaran yang kotor itu. Siti dibesarkan dalam keadaan yang serba
CERPEN
 Saujana Pujangga 2022 117
























































































   117   118   119   120   121