Page 121 - Saujana Pujangga 2022
P. 121
Lamunan Siti terhenti. Masih terngiang-ngiang lagi kata-kata arwah datuk di mindanya. Siti rindu akan insan yang seringkali memberikannya semangat untuk terus berjuang. Akhirnya, Siti sedar. Dia perlu mengikut nasihat itu bagai menelan mestika embun. Dia perlu bersemangat kental seperti arwah datuknya. Dia tidak mahu menghampakannya.
“Ya, aku harus terus mengejar impianku.”
Mulai hari itu, Siti berusaha dengan gigih untuk menjadi askar pelatih yang terbaik. Siang dan malam, dia berlatih dengan penuh kesungguhan. Dia juga meringankan mulutnya untuk berbual dengan askar pelatih yang lain. Dia perlu mengambil inisiatif jika dia ingin berjaya. Lama-kelamaan, dia menjadi
rapat dengan askar pelatih yang lain. Jika dia memerlukan bantuan, mereka akan saling membantu, tidak kira usia, jantina dan agama.
Walaupun terdapat rintangan, Siti enggan berputus asa. Jelas kelihatan prestasinya semakin meningkat. Kini, dia bukan lagi menjadi tumpuan yang lain kerana kekurangan ketahanan fizikalnya. Sebaliknya, dia menjadi suri teladan bagi askar pelatih yang lain di situ. Dalam masa tiga bulan sahaja, dia telah berjaya menerobos stereotaip jantina dan telah askar menjadi yang berjaya. Sudah tentu keluarganya turut berasa bangga.
Siti tersenyum sendirian. Pasti arwah datuknya bangga akan kejayaannya itu.
CERPEN
Saujana Pujangga 2022 119