Page 123 - Saujana Pujangga 2022
P. 123
“Aku tidak mahu berjaga malam seperti ibuku! Aku ingin menjadi Matahari supaya cahayaku boleh disambut dengan lambaian pada waktu pagi, bukannya disambut dengan dengkuran ribuan orang,” katanya sambil menatap seorangwanitayangsedangmenggendong bumi kita.
Wanita ini berkulit dan berambut serupa dengan anak
ini, namun dia
sejuta kali lebih
menawan. Dia
pun memeluk
Bumi yang
sebesar
sebuah bola
sepak dengan
tatapan
penuh kasih
sayang. Cahaya
daripadanya
menyinari
duniaku. Aku
terpesona,
wanita itulah Sang Rembulan.
Seorang dewi cantik yang agaknya ibu kepada anak ini. Anak ini sedang menghadapi perasaan yang serupa dengan perasaan yang terapung di kolam benakku. Anak ini yang juga merasai kesedihan yang sering difikirkan dalam otakku. Aku cuba untuk menenangkan hati anak itu yang berkecamuk dengan nasihatku sendiri; bak pepatah, air yang dingin juga dapat memadamkan api.
“Ayuh, Anak Bulan, kalau kamu memang ingin jadi Matahari, pergilah jadi Matahari. Jangan dihalang dengan kerja Sang Rembulan. marilah,’’ aku tolongmu,” ujarku sambil menghulurkan tanganku kepadanya.
Anak Bulan itu menggenggam tanganku dengan erat. Jari-jemari kami bertemu. Kami terus menghayunkan kaki berlari daripada dewi Sang Rembulan. Aku menoleh k e belakang, kami sudah agak jauh daripadanya. Aku ternampak wajah Sang Rembulan yang mengamati setiap langkah kami, perpisahan kami. Terpancar jelas, bunga-bunga kesedihan yang menguntum di mukanya. Adakah ini perlakuan yang
betul?
Tiba-tiba, aku merasakan titisan air menyentuh pipiku. Hujan gerimis. Tanpa disedari, alam angkasa itu hilang lalu aku tersentak kembali ke duniaku sendiri. Namun demikian, aku berasa aneh, seperti ada sesuatu yang tidak betul. Dalam keadaan hujan gerimis itu, aku mencari Bulan kesayanganku seolah-olahnya ingin mencari kedamaian daripadanya.
CERPEN
Saujana Pujangga 2022 121