Page 125 - Saujana Pujangga 2022
P. 125
Aku terbangun dek goncangan ibuku. Wajahku mencium tanah dan badanku terbaring di tengah-tengah taman itu. Agak- agaknya, aku pengsan. Pagi sudah hadir dan matahari mencerahkan segala yang dirobohkan oleh hujan. Rupa-rupanya, ibu menceritakan bahawa setelah aku keluar, dua pecahan bulan itu mulai bercantum lagi secara mukjizat. Perpisahan antara dua belahnya masih ternampak namun medan graviti bumi kita sudah dalam keadaan stabil. Lautan sudah kembali seperti biasa.
Ramai insan masih terluka secara mental dan fizikal. Namun, gambaran daripada mimpi- mimpiku masih terngiang-ngiang di mindaku. Aku tidak tahu mengapa aku sahaja yang mengalami mimpi itu tetapi aku pasti berkaitan dengan hubungan bersama ibuku dan sikap aku yang menolak kewajiban kehidupan. Aku pasti mimpi-mimpi itu bertujuan untuk menjadi teladan. Mungkin juga alam semesta menyuruh aku untuk menggalas tanggungjawab. Ini semua kemungkinan, dan aku pasti akan berlaku. Sejak hari ajaib itu, duniaku tidak sama lagi.
Bolehkah bulan menjadi guruku lagi?
CERPEN
Saujana Pujangga 2022 123